Banjir kadangkala berlaku tanpa diduga. Hujan yang tidak terlalu lebat pun boleh menyebabkan banjir jika berterusan dalam tempoh yang lama. Sungguh, kuasa banjir bukan jenaka. Kedalaman banjir akan cepat meningkat jika hujan turun dengan sangat lebat dan tidak berhenti.
![]() |
Keadaan Banjir Di Tol BUkit Jelutong, Shah Alam pada Disember 2021 |
Aspek yang tidak boleh diabaikan semasa menghadapi bencana ini adalah pencegahan kepada kematian dan penularan penyakit berjangkit. Perlindungan terhadap golongan yang kurang berkeupayaan seperti kanak-kanak, wanita hamil dan warga tua perlu diberi perhatian.
APA YANG HARUS DILAKUKAN KETIKA BANJIR?
LANGKAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN SELEPAS BANJIR
Penjagaan kebersihan diri perlu ditekankan untuk kurangkan risiko penyakit berikut;
MASALAH PASCA BANJIR
Ujian sebenar bagi mangsa banjir adalah semasa pasca banjir. Banyak pemandangan yang menyesakkan mata berbanding pemandangan yang indah selepas banjir besar melanda.
Banjir akan menyebabkan sampah-sarap terkumpul dan turut menyebabkan haiwan dan tumbuhan mati. Suasana berdebu, sampah yang masih ada walaupun banyak sudah dibersihkan, urusan pembaikan rumah, pembersihan rumah sangat mencabar dan mengambil masa. Satu urusan yang terkadang dirasakan macam tiada penghujung.
Jiwa mangsa banjir terkadang terasa sesak tapi tetap meneruskan perjalanan harian. Majoriti mangsa yang terlibat terlalu ingin kembali pada keadaan sebelum kejadian banjir, namun mengambil masa yang lebih dari jangkaan.
3 KESAN BENCANA TERHADAP KESIHATAN DAN KESELAMATAN MANGSA BANJIR DAN SUKARELAWAN
1. Kecederaan
Mangsa banjir dan sukarelawan masing-masing berisiko dari segi keselamatan diri. Hal ini kerana, sering kali berlaku kecederaan kaki kerana terjatuh demi menyelamatkan mangsa bencana. Ada juga yang alami masalah sendi dan kesakitan pinggang sehingga ambil masa yang panjang untuk sembuh. Semasa sesi pembersihan disebalik longokan sampah juga, ramai yang berisiko berdepan dengan binatang yang berbisa serta ada yang terkena kaca dan paku.
2. Infeksi
Masalah kesihatan diri disebabkan oleh penyebaran kuman sering berlaku. Punca utama berlakunya penyebaran kuman adalah kekotoran.
Penyebaran kuman berlaku selepas kejadian banjir disebabkan oleh kesan debu. Majoriti mangsa banjir dan sukarelawan yang terlibat dalam bantuan banjir mudah terkena jangkitan penyakit yang berkaitan dengan alahan dan infeksi kulit iaitu gatal-gatal, luka berdarah akibat terpijak paku, kayu tajam dan serpihan kaca, malah tidak dinafikan ada dikalangan mereka turut mengalami batuk dan selesema yang mengakibatkan jangkitan saluran pernafasan.
Semua ini berkemungkinan berpunca dari faktor udara persekitaran yang berdebu, kualiti air yang kurang bersih serta sampah sarap yang ditinggalkan mangsa serta keadaan tandas yang kotor serta tidak terurus di pusat pemindahan mangsa banjir.
3. Keletihan
Rata-rata mangsa banjir serta sukarelawan juga keletihan kerana tidak mendapat tidur yang secukupnya. Keadaan tersebut telah menyebabkan masing-masing kekurangan tenaga.
SOLUSI KESIHATAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS BANJIR
Badan kita sebenarnya pandai melawan penyakit, namun kita kena bagi zat yang secukupnya.
Antara vitamin yang bantu tingkatkan sistem imun semasa musim banjir ialah pengambilan Nutriferon, suplemen yang diformulasikan untuk meningkatkan fungsi sistem pertahanan tubuh, selain mengandungi campuran tumbuhan eksklusif yang bertujuan untuk memperkuat imun.
Selain itu vitamin C bantu cegah penyakit berterusan. Sustained Release Vita-C Plus dihasilkan daripada ekstrak jagung jadi ianya sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang sensitif.
Asid lemak omega-3 pula adalah makanan anti-radang yang sangat penting untuk melawan jangkitan dan membaiki kerosakan di dalam badan. Ia boleh kurangkan pengeluaran molekul dan bahan yang dikaitkan dengan keradangan, yang dapat kurangkan sakit di sendi dan saraf, sama seperti ubat-ubat tahan sakit. Tapi yang bestnya kesan sampingan dia kurang berbanding ubat-ubat tersebut.
Semoga mereka yang terlibat dan terjejas banjir di permudahkan segala urusan oleh Allah dan sentiasa di lindungi mereka dari bencana jiwa dan juga wabak penyakit. Sama-sama kita doakan dan aminkan doa berikut untuk mangsa banjir. Bismillah.
Perlukan maklumat lanjut tentang set imun di atas? Hubungi saya dengan klik wasap di bawah untuk kita sembang dengan lebih lanjut lagi.
Salam Sayang,
Azlin M. Atan | Wasap. 019-2682709 | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .
#projeckBest
banjir ini kena betul betul standby, terima kasih kak lin
ReplyDelete