Saturday, May 27, 2023

Cara Mudah Renew Membership Shaklee Secara Percuma



“Dah makan shaklee, tapi ID dah expired. Nak comeback beli produk Shaklee ESP boleh ke?"


PERLU KE RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE SETIAP TAHUN?

Setiap tahun semua ahli tak kira apa rank sekali pun hatta Master Coordinator perlu renew keahlian mereka sebagai Pengedar Shaklee untuk terus nikmati semua keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


BILA SAYA PERLU RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE?




Tempoh keahlian ahli Shaklee adalah selama 12 bulan / 1 tahun. Paling best mudah nak ingat sebab setiap kali harijadi anda, maka itulah tarikh anda perlu renew membership Shaklee.  Tak ke mudah nak ingat

Namun, jangan risau. Shaklee ada beri ruang masa untuk anda buat renewal tanpa perlu mendaftar semula keahlian baru. 


BAGAIMANA NAK BUAT RENEWAL MEMBERSHIP SHAKLEE


Senang saja, setiap tahun, buat satu belian, dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh lahir ATAU sehingga 3 bulan selepas tarikh lahir anda. Belilah apa-apa produk, tak kisah berapa pun harga, hatta 1 produk sahaja pun sudah cukup layak Renew Membership Shaklee. Mudahkan?

Anda boleh buat belian untuk aktifkan membership Shaklee dengan 3 cara berikut
  1. Melalui Website Shaklee (perlu tahu Shaklee ID & password). Jika terlupa password boleh tekan "Lupa Kata Laluan".
  2. Walk-in ke mana-mana Branch Shaklee yang sah
  3. Hubungi Upline anda untuk mereka bantu aktifkan keahlian anda.

BERAPA BAYARAN UNTUK RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE? 


Tiada bayaran yang dikenakan untuk renew membership Shaklee anda. Namun, anda hanya perlu buat belian dalam tempoh masa renewal itu sahaja. Amat mudah dan tidak membebankan. InsyaAllah.

Paling best, tiada minimum belian untuk renewal! Beli je mana-mana produk, hatta satu produk Shaklee pun dah layak untuk aktifkan ID Shaklee anda. Senangkan?


JIKA KEAHLIAN ID SHAKLEE SUDAH LAMA EXPIRED?


Jika keahlian anda sudah lama expired, anda boleh hubungi Upline atau Shaklee  Customer Service untuk pastikan nama anda masih ada dalam sistem atau sebaliknya. Jika sudah melebih 3 tahun tidak pernah renew, anda perlu buat pendaftaran ahli baru sebanyak RM35. Ini bagi memastikan anda kekal layak untuk nikmati manfaat sebagai ahli Shaklee seperti berikut.




PERINGATAN!

Ingat yer, walaupun sebagai consumer, makan untuk diri sendiri dan keluarga sahaja pun dikira ahli yang aktif! Dengan syarat belian anda menggunakan ID Shaklee anda bukan ID Shaklee upline anda atau orang lain. 

Rugilah kan sebab anda kehilangan kelebihan dan keistimewaan sebagai ahli Shaklee dan secara tidak langsung tidak lagi dapat menikmati kelebihan ahli dalam Shaklee. 

Contoh mudah, anda buat belian produk dengan dengan harga ahli, tapi tak gunakan ID Shaklee anda. Ikutkan belian layak dapat bonus, tapi bila bulan depan tak dapat apa-apa. Tahukah anda belian serendah 150 UV point terkumpul dalam sebulan (anggaran dalam RM510, bergantung kepada produk) sudah melayakkan anda untuk dapat Bonus tunai 5% dari Shaklee setiap bulan. 

Pastikan anda tahu untuk log in dalam website www.shaklee.com.my , supaya anda boleh keep track info belian anda, status penghantaran atau check bonus anda secara real-time.


KESIMPULAN


Buat kawan-kawan yang sudah ID expired, inilah masa untuk anda lakukan Renewal Shaklee Distributorship. #JomRenewShaklee. Mudah sangat.

Bagi yang berminat nak cuba log in website Shaklee, tapi ID mungkin dah lupa dan expired, boleh hubungi Alin. Jangan malu-malu. Yang nak daftar ahli semula pun boleh. Alin akan sedia bantu anda. InsyaAllah.




Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


No comments:

Post a Comment