Sunday, May 21, 2023

Hari Raya Pot Luck Lebih Variasi dan Pesta Silaturahim

 
   

Hujung minggu lepas dapat sertai Open House - Hari Raya PotLuck di Curves Bukit Jelutong. Best sangat. Seawal jam 8.30 pagi, semua dah tiba, dengan pakaian baju raya yang menarik bersama pelbagai hidangan yang lazat untuk dikongsi. Dah namanya pun potluck, jadi ramai bawa makanan kegemaran masing-masing.

Secara rasmi hari ini adalah "cheat day" untuk semua ahli. Tengoklah gambar-gambar tuh semua menu sedap dan lazat belaka. Lihat sahaja kecurkan air liur. Larat tak larat jer nak makan semua.


Antara menu-menu Potluck yang ada
            • Roti Jala & kari ayam
            • Nasi Beriani Kambing dan ayam merah
            • Sanwich Tuna dan Ayam
            • Pulut Panggang
            • Chicken Shawarma salad
            • Fyuit cocktail
            • Sandwich telur
            • Nasi Lemak
            • Puding Orea
            • Fruit Tatlet
            • Kuih Raya
            • Buah-buahan i.e anggur, laici
Nak control nafsu makan dan elak derita selepas makan makanan tuh, Alin sempat telan Zinc Complex dan Lecithinsebelum keluar rumah tadi. Rugilah kan sudah konsisten jaga pemakanan, pastu langgar ‘pantang’ sebab raya.


Zinc Complex

    • Zinc adalah salah satu mineral yang memainkan banyak peran penting di dalam tubuh, tetapi sayangnya, tubuh kita tidak memproduksi mineral ini. Oleh sebab itu, Anda perlu mencukupi kebutuhannya dengan cara mengonsumsi makanan yang kaya akan kandungan zinc atau ambil suplemen zinc.
    • Cukup zinc sistem imun jadi sihat. 
    • Bila luka cepat sembuh! 
    • Zinc penting sebab ia sintesis DNA kita. Bila tak cukup dia sebabkan DNA kita hire wired. 

Lecithin

    • Lecithin adalah  lemak semulajadi yang sihat yang penting dalam sel-sel badan.  
    • Fungsi utama Lecithin adalah untuk mengemulsi atau memecahkan lemak - Lecithin akan membakar lemak dengan lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang sesuai.
    • Pengambilan Lecithin dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk mendapat kesan pelangsingan yang seimbang.
    • Kajian juga menunjukkan bahawa diet kaya dengan lecithin boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dan menurunkan kolesterol LDL yang buruk.
    • Membantu sistem penghadaman.



Well, sesekali berjumpa memang tak sah kalau tak gelak besar. Selama ini semua dengan workout outfit, bila Raya ni semua vouge sampai tak cam dan kenal tau.

Ada kalangan wanita semua tu sudah berusia 68 tahun tau. 
Masih fit dan aktif buat workout.

Bersama barisan Coaches posing ala-ala Mermaid" Ahaks

Selepas penat makan, sembang-sembang dan bergambar, Coach Cindy panggil semua untuk Fun Game. Semua curvettes dibahagika kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan perlu dapatkan setiap barang yang dinyatakan dan berikan kepada Coach Cindy. 

Fun Game tuh dah jadi macam workout pula sebab semua excited, sporting serta happening sangat sambil lari-lari kejar Coach Cindy sehingga kena merangkak, kena penyet dengan pintu dan kena serbu. Wakaka sian dia.

Semua ibu-ibu turut diraikan semperna Hari Ibu dengan hadiah yang berkhasiat, Apple Rose. Sambutan yang sihat dan meriah. 


 


Curves Bukit Jelutong adalah Gym dan Women fitness studio. Ia adalah salah satu Inisiatif Perniagaan Wakaf. Semua keuntungan yang dijana akan kembali kepada masyarakat dan memperkasakan ekonomi umma. Di Curves, menyediakan penyelesaian untuk menguatkan wanita dari segi fizikal, emosi dan mental kerana menghargai peranan penting wanita sama ada di rumah, tempat kerja atau untuk negara tercinta ini.

Hanya 30 minit senaman pada kadar caj serendah RM6 (purata) sehari. Tak ada caj tambahan personal coach. Coach yang akan kejar you kalau tak datang workout minimum 3 kali seminggu ok. Best ke best? Paling best lagi, ini adalah gym LADIES ONLY, InsyaAllah berbaloi untuk wang anda.

Sama ada anda ingin kekal cergas, menurunkan berat badan, menambah otot atau hanya menjalani gaya hidup sihat, senaman selama 30 minit sudah cukup untuk bantu anda lakukan semua ini. Jom sama-sama sebarkan semangat sihat kepada semua wanita.

Terima kasih buat semua Coaches dan Curvettes yang datang memeriahkan Hari Raya Potluck tahun ini. Makanan semua sedap dan best! You all make my day. Alhamdulillah. Didoakan semoga ukhwan kita berkekalan selamanya. Amin.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


No comments:

Post a Comment