Monday, May 1, 2023

Hari Raya Dengan Shaklee

Salam 10 Syawal semua,
Bagaimana Raya 2023 kalian semua? Di harap semua riang gembira bersama keluarga tersayang, baik yang pulang ke kampung mahupun yang tidak pulang. Alhamdulillah syukur dapat luang masa Raya dengan keluarga Alin dan keluarga mertua. Sekarang ni kat rumah sudah, baru sahaja tiba dari kampung suami di Muar, Johor. Huhu. 


Dikesempatan ini, sepuluh jari disusun mohon ampun dan maaf. Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga buat semua keluarga Shaklee-an, khususnya Rise Family walau dimana anda berada. Tak lupa juga buat para pelanggan yang sentiasa setia dan sokong Alin sepanjang berbisnes Shaklee from day 1 serta semua kawan-kawan.

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
Semoga Allah menerima semua amal kami dan kalian semua. Aamiin.

APA JUADAH KEGEMARAN KORANG RAYA TAHUN 2023 NI? 


Lemang, ketupat, rendang, kuih muih yang terhidang tuh rugi kalau tak makan kan? Tak kan nak tengok saja kan? Kih kih kih. Jadi makan saja lah, rugi kalau diet masa Aidilfitri ini kan? Alhamdulillah, Raya Tahun 2023 ni Alin sudah ada plan untuk sambut Aidilfirti sambil jaga makan. 



Korang rasa kelaut China Selatan ke plan tuh semua atau bagaimana? Jeng jeng jeng. Alin pun debor aih. Masih belum sempat nak timbang berat selepas raya nih. Tapi jom alin kongsian 3 sebab mengapa Alin sedaya upaya cuba bertahan dengan "plan untuk sambut Aidilfirti sambil jaga makan" tuh.


3 SEBAB MASIH BERTAHAN SAMBUT RAYA SAMBIL JAGA MAKAN


1- Saiz Baju Raya sudah bertukar dari Saiz L kepada Saiz S


Korang rasa apa perasaan. Ya Allah mestilah seronok sangat kan. Tiada lagi isu baju mengecil. Boleh la kembali sarung baju-baju favourite dulu. 

 
Baju Raya 2022 Vs Baju Raya Tahun 2023


2- Setiap bulan akan lakukan Weight and Measure Body Composition


Kebetulan setiap bulan Alin akan lakukan Body Composition check di Women Fitness, Curves Bukit Jelutong [Follow ig @curvesbukitjelutong]. Nak turun berat orang kata mudah, tapi nak bina muscle tiada shortcut melainkan melakukan senaman, jaga makan secara sihat sambil include suplemen, jaga tidur, konsisten dan ulang, ulang, ulang. 

One of the many good habit Alin picked up after my 42 birthday. Misi untuk #NakIncreaseMuscleMass. Jadi kebetulan sebelum raya ritu berjaya dapat result seperti dibawah. Jadi tiada alasan nak hanyut ke laut dalam lama-lama. Ini pun minggu depan ada Weight and Measure session. So stay tune ya for the update sama ada berjaya atau tidak plan sambut Aidilfirti sambil jaga makan.


Sepanjang setahun bersama Women Fitness Curve tuh progress Alin seperti berikut.
  • Berat dari 63kg --> 57.2kg
  • Skeletal Muscle Mass 18.9 kg --> 19.1. ikutkan dah capai 19.4kg tapi masa ganti puasa muscle drop. Alhamdulillah lepas belajar cara nak elak jisim otot merosot, berjaya harungi Puasa Ramadan 2023 dengan peningkatan jisim otot sebanyak 0.2kg.
  • % Body Fat 43.4% --> 37.5%
  • Viseral Fat Level --> 14 kepada 10
  • InBoody Score 60 points --> 66 points

3- Nak Capai berat Idaman dan Kekal Sihat


Siapa sini yang masa PKP berat dia naik mencanak-canak? Kita sep 10 jari. Tak pernah-pernah berat melangkau angka 6 kat depan, tetiba dapat tanpa rela. Korang rasa? Paling geram lagi angka tu tak nak pula bertukar ke angka 5, duduk selesa statik kat angka 6 selama setahun. Jadi sebab bulan lepas dah berjaya bertukar angka 6 ke 5, wajiblah sedar diri kan? Kih kih kih.


Jom lihat warna warna Aidilfitri Alin sepanjang Raya Tahun 2023 ni.


Minuman wajib sepanjang Raya 2023. Sebelum mula ziarah ke rumah sedara bancuh siap-siap ESP  mixed dengan Cinch Tea Mix dengan harapan kurang nak kunyah-kunyah melampau. Selain bantu kekal cergas dan aktif bertenaga, ia juga elak craving. Untuk elak air manis pula, kita siap-siap bawa bekal air kosong dari rumah. Begitulah.

Since kunjung mengunjung, kita juga perlu berikan perlindungan diri dari serangan dan jangkitan luar dengan Nutriferon. Bukan Alin sahaja, tetapi semua keluarga turut serta.


Dah makan-makan sedap, kena beringat untuk kasi flush dan kasi bersihkan perut kita dengan efektif. Elakkan dari sembelit dan biarkan makanan tersumbat berhari-hari dalam perut kita tuh. Saya amalkan ResV dan Herblax. Esok pagi rasa nyaman perut. Sungguh tau. Cubalah! 

ps.
Tiada dalam gambar adalah Set Rahmah Shaklee (ESP + Vitamin C), Hero Kiddo perlindungan buat anak-anak, CoQ Trol buat energy booster sepanjang melayan tetamu bertandang ke rumah silih berganti. Gambar bawah ni bagaimana anak-anak jamu kenduri suplemen dengan kazen-kazen mereka. Sihat sama-sama, ahakss!



Jalani musim raya dengan lebih sihat dan bertenaga ya serta elak makan berlebihan. Beringatlah sikit, badan kita nak guna lama. 

Nak order suplemen Raya Shaklee, capai hp laju laju dan ketuk link Wasap Alin ni ya http://www.wasap.my/60192682709



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


No comments:

Post a Comment