Monday, July 17, 2023

Kerja Dari Rumah - Tambah Pendapatan Tengah Bulan, Pilihan Kerjaya Terbaik

Bila serba serbi naik harga, percaya tak, bekerja dari rumah boleh bantu kita untuk jana pendapatan. Pucuk pangkalnya, kena rajin berusaha dan tak cepat give up. Duduk goyang kaki di rumah boleh dapat pendapatan, yang ini memang tak ada!

Bayangkan betapa mudahnya urusan perniagaan boleh diuruskan hanya dari rumah atau di mana sahaja kita berada. Paling penting ada internet dan wifi, semua nya boleh onzzz.

Namun saya melihat perlu ada syarat untuk kita mula berkerja dari rumah.
  • Boleh menulis, membaca dan faham B.Inggeris.
  • Mempunyai Komputer atau Laptop atau handphone sendiri serta mampu gunakan internet dengan baik.
  • Mampu bekerja sendiri tanpa sebarang pengawasan.
  • Bersedia untuk bekerja keras, dan punya disiplin diri yang tinggi.
  • Bermotivasi dan mahu belajar perkara baru.

Kerja dari rumah ini adalah jenis pekerjaan bebas (freelance) dan memerlukan seseorang yang serius mahu bekerja, bermotivasi tinggi dan sanggup bekerja keras. Kita juga tidak terikat dengan sebarang kontrak dan waktu bekerja adalah fleksibel hanya perlu mematuhi tempoh masa tugasan kerja yang di pohon.

Realitinya, ianya bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan, namun itu hanyalah pada permulaannya sahaja. Dengan panduan dan sokongan, anda pasti boleh lakukan.


Pengalaman saya Bekerja Dari Rumah


Semuanya bermula dengan impian saya untuk jadi suri rumah sepenuh masa BERGAJI. Kira stay at home dengan solid income tengah bulan. Saya melihat bisnes Shaklee berpotensi untuk jadikan impian saya satu kenyataan. 

Saya bermula bisnes Shaklee secara sambilan, dengan hanya makan sendiri produk untuk jayakan penyusuan susuibu anak-anak 2 tahun. Selepas 3 tahun bisnes secara sambilan, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja, dan mulakan bisnes Shaklee secara sepenuh masa. 

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk 10 tahun saya berkecimpung secara sepenuh masa bekerja dari rumah dalam bisnes Shaklee


Team Shaklee saya - Team Rise Network kini sudah masuk tahun ke-13. Majoriti team saya dari kalangan ibu-ibu. Ada yang berkerjaya, ada yang suri rumah malah ada juga pelajar Universiti. Kami bermula dari bawah, sebagai pengedar biasa dan nekad rank up Supervisor (jadi leader) sehingga ada yang berjaya ke pangkat Master Coordinator. Tahniah Master Puteri, Master Aishah dan Master Nurlia.

Kami semua bermula buat Shaklee dengan menulis blog, FB dan semua medium online. Anda sejenis pemalu? Saya sangatlah, kihkihkih. Nak promote barang dan cakap secara berdepan mata dengan mata, bukan saya. Blog la yang bantu saya. Meskipun pada awalnya medium blog ini tidak banyak income masuk, tetapi bila lama kelamaan kita bina keyakinan pembaca, ramai yang respons dan mengikuti blog kita, ia boleh menjana pendapatan pasif. Apa yang penting, kena banyak bersabar.

Akan ada yang datang dan ada yang pergi, yang datang balik selepas pergi pun ada. InsyaAllah, saya akan tetap disini setia untuk bina dan luaskan lagi kebaikan demi kehidupan dan kesihatan yang lebih baik yang Shaklee tawarkan.  


3 Sebab Saya Pilih Bisnes Shaklee


1- Syarikat yang kukuh dan dipercayai. 


Apa guna punya produk yang bagus dan plan pampasan bonus yang tinggi jika syarikat tidak kukuh dan bertahan lama. Setuju tak? 

Shaklee ada rekod pencapaian yang berkembang maju sejak 65 tahun lalu dalam perniagaan dan lebih daripada 100 tahun inovasi dalam produk makanan tamahan.  Inilah bukti Shaklee adalah syarikat yang kukuh dan stabil. 

Tahukah anda, Shaklee perintis industri kesihatan dan kesejahteraan yang berkembang pesat. Tahukah anda, menurut Permintaan perniagaan dan pendapatan tambahan akan terus meningkat dan cara yang lebih baik untuk anda lakukannya ialah dengan Shaklee. Biiznillah.

Dari 1995 Shaklee Malaysia telah sentuh dan bantu berbakti kepada mereka yang inginkan kehidupan dan kesihatan yang lebih baik serta tidak pernah gagal bayar bonus kepada semua pepngedar Shaklee yang layak.


2- Produk berkualiti, berkesan dan repeat order yang tinggi. 


Jaminan produk Shaklee yang semulajadi dan selamat menambah keyakinan saya terhadap bisnes ini. Kita tentu tidak mahu produk yang dijual kepada orang ramai memberi risiko terhadap kesihatan sendiri, keluarga apatah lagi kepada orang lain kan? 

Sebab itulah saya tidak ragu-ragu amalkan produk Shaklee dalam setiap fasa kehidupan saya, baik ketika bekerja, hamil, menyusukan anak, berpantang. Malah saya juga sangat yakin untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan suami, anak-anak dan ibu ayah serta adik beradik saya kerana yakin ianya ada kajian klinikal, dan bukanlah produk sebarangan timbang kilo.

Shaklee juga turut punya kekuatan pada repeat order. Kebiasaanya orang akan order lagi dan lagi. Kenapa? Sebab produk Shaklee berkualiti dan sangat berkesan. Buktinya, saya lihat permintaan pelanggan saya yang setia sejak 10 tahun yang lepas. Ini menunjukkan permintaan terhadap produk Shaklee tidak pernah putus dan sentiasa ada permintaan di pasaran. Ini lah yang saya mahukan dalam bisnes saya. Shaklee bukan produk bermusim. 


Terkini, Shaklee Malaysia telah diikhtiraf sekali lagi sebagai Trusted Brand Vitamin Suplemen di Malaysia, bagi kategori vitamin dan suplemen untuk tahun 2021, 2022 dan 2023 yang dibuat oleh Reader Digest  (diundi oleh pengguna). Anugerah Trusted Brand adalah satu anugerah berprestij yang dibuat pihak ketiga. Maknanya bukan Shaklee yang buat survey. Lebih 25 tahun berada dipasaran - bermakna produk Shaklee ini dipercayai oleh seluruh rakyat Malaysia. 

Terima kasih rakyat Malaysia khususnya semua pengguna kami.


3- Jana Income Tanpa Had


Di Shaklee, potensi pendapatan tanpa had. Selain dari dapat beli produk dengan Harga Ahli, dan dapat Cash Bonus (5%-21%), Shaklee juga ada menawarkan lebih dari itu bagi ahlinya yang berminat dan SERIUS BERBISNES. 

Shaklee ada 13 cabang income, bukan sekadar Untung Runcit, malah ada Bonus Peribadi, Bonus Kepimpinan, Bonus Insentif Rank Coordi, Key dan Master serta Bonus Subsidi Kereta.

Tidak pernah sehari pun Shaklee terlewat nak bayar "gaji" pengedarnya pada setiap 14hb, dimasukkan terus dalam akaun bank. Malah ada masa dibayar lebih awal lagi. Ya Allah, seronok sangat!

BERAPA BONUS SHAKLEE BAYAR SETIAP BULAN?


Sikit banyak Bonus Shaklee bergantung kepada Jualan dan kedalaman organisasi yang kita bina. Semua pengedar ada peluang untuk jana income yang besar, baik yang baru, makan sendiri atau yang serius berbisnes. Asalkan rajin dan usaha lebih, dapatlah lebih.

Bonus pertama saya hanya RM32 sahaja. Kemudian meningkat jadi RM211, RM531, RM566 dan cecah 4 angka selepas serius dan komited 4 bulan berkongsi kebaikan Shaklee secara part time. Siapa nak bagi kan? Hanya guna produk sendiri & berkongsi manfaat produk, dapat tambahan pendapatan tengah bulan. Tak perlu nak paksa-paksa atau pujuk rayu orang pun untuk membeli. Happy tau!

Total jumlah bayaran bonus Shaklee kepada ahli sepanjang 3 tahun 
2020 sehingga 2022. RM372 Juta gais. Best ke best sangat?!

SISTEM BONUS SHAKLEE ADIL DAN PATUH SYARIAH


Di Shaklee tiada istilah siapa masuk dulu, dia dapat income lebih! Malah ramai sahaja leaders yang ada upline yang tiada pangkat apa-apa, malah ada yang tak layak dapat bonus pun ada. 

Nak tak jika anda boleh dapat bonus tengah bulan seperti di atas?

Tiada hasil RM, jika kita tidak buat apa-apa jualan pun. Malah orang dibawah juga boleh potong bonus dan pangkat orang diatasnya jika dia usaha lebih. Adilkan?




Rasa Terbeban dengan Masalah Kewangan dan perlukan Tambahan Pendapatan Tengan Bulan?


Jika anda rasa terbeban dengan masalah kewangan dan perlukan tambahan pendapatan dengan hanya perlu kerja dari rumah, maka anda perlu pertimbangkan peluang yang terhidang ini.

Peluang tambah pendapatan secara part time dan juga fulltime. Anda disekitar Selangor dan Kuala Lumpur? Boleh jumpa sendiri dengan Alin face to face. Kita set appointment. Capai jer henfon dan klik link wasap dibawah ya. 

Say Yes & join us today!




Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


No comments:

Post a Comment