Thursday, March 16, 2023

7 Cara Bagaimana Optimumkan Waktu Sahur Ramadan 2023

Allahu lagi 6 hari saja menuju Ramadan 2023. 'Allahumma Ballighna Ramadan' yang bermaksud,

“Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”
Bersediakah kita nak menyambut bulan penuh barakah ini? Sudahkah kita tetapkan matlamat untuk Ramadan 2023? Peringatan ini adalah buat diri saya yang masih berusaha perbaiki diri.



Kelmarin saya ada terbaca post FB dari Akademi Sinergy tentang bagaimana cara nak optimumkan waktu sahur kita agar puasa dengan lebih yakin dan bermakna.

7 CARA BAGAIMANA OPTIMUMKAN WAKTU SAHUR 2023

1. Pukul berapa masuk waktu Subuh? Mesti ambil tahu.
2. 15 minit sebelum masuk waktu Subuh, dah siap sedia menunggu waktu Subuh masuk. Lelaki bergerak ke Masjid. Wanita menanti di Mihrab.
3. 5 minit sebelum tu, sudah selesai makan sahur.
4. 30 minit sebelum tu, sudah mula makan sahur.
5. 30 minit sebelum tu, sudah mula solat sunat dan beristighfar.
6. 15 minit sebelum tu, sudah mula mengurus diri.
7. 5 minit sebelum tu, sudah baca doa bangun tidur.

Begitulah antara idea untuk memastikan waktu sahur semasa Ramadan kita nanti dinikmati dengan lebih yakin dan bermakna. Menarik bukan?


Jom sama-sama kita take note dan selitkan dalam Checklist Ramadan 2023 kita serta praktikkan dalam pengurusan masa kita sepanjang Ramadan tahun ini.

 

"Bantu kami Ya Allah, pilih kami Ya Allah 
untuk termasuk dalam golongan yang kerap lazimi 
Istigfar dan membaca AlQuran selalu."
Allahumma Aamiin.





Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee

Wednesday, March 15, 2023

Kurus sebelum Raya dengan Set Kurus Shaklee

Sukar menurunkan berat badan walau telah cuba pelbagai cara dan amalan berdiet? Kebenarannya, cara hilangkan berat badan yang bijak adalah dengan tidak buatkan diri kita berlapar. Ia adalah mengenai kita melakukan pilihan makanan yang baik secara 'berterusan'.

Secara perlahan-lahan ubah tabiat pemakanan buruk dan mula lakukan tabiat pemakanan yang lebih menyihatkan. Mufin, donat, skon dan bagel tinggi kalori. Makanan ini biasanya akan buatkan kita lapar semula dalam beberapa jam sahaja selepas dimakan kerana ia tinggi dengan gula atau tepung halus.




BETUL KE BOLEH KURUS DI BULAN RAMADAN?


Kepada sesiapa yang yang memang terfikir nak kuruskan badan, bulan puasa merupakan masa yang terbaik kerana lemak kita tuh tak punya peluang yang banyak untuk bertambah, hahaha best kan? Melainkan anda melantak makan masa berbuka, berat badan kita pasti naik la weih, sebab kita tidak kawal nafsu makan kita. 

Di bulan Ramdan juga kita berpeluang untuk ajar diri tentang disiplin yang tinggi dalam ibadat dan juga kesihatan. Walaupun senaman yang kita lakukan bukan jenis yang boleh bakar lemak sekaligus, tetapi dengan kombinasi senaman, puasa dan disiplin jaga pengambilan makanan yang zat padu, pasti kita boleh turunkan berat badan dengan sihat. Nak ke nak? 


3 SEBABA UTAMA MENGAPA PERLU SET KURUS SHAKLEE ~ HELLO NEW YOU UNTUK BANTU KURANGKAN BERAT BADAN SEBELUM RAYA, TANPA PERLU SEKSA BADAN



1- BEKALKAN ZAT NUTRISI YANG LENGKAP DARI CINCH PROTIEN SHAKE


Mengapa penting? Kerana ia akan beri tenaga lebih semasa berpuasa dan kembalikan tenaga yang hilang selepas bersenam di bulan Ramadan. Protien sendiri mempunyai fungsi penting untuk proses metabolisme sel-sel otot dan saraf. 

Antara sebab lain juga adalah untuk kekalkan muscle mass (jisim otot). Jadi pastikan kita makan karbohidrat dan protien dalam jumlah yang tinggi. Hal ini bertujuan untuk elakkan penurunan peratus muscle mass akibat lapar yang berlebihan ketika berpuasa. 

Badan kita akan membakar kalori dan lemak badan secara berterusan. Namun, jika tiada lagi kalori dan lemak badan untuk dibakar, badan kita akan gunakan otot pula sebagai sumber tenaga. Jadi rugilah kita, dah penat kita workout dan bersenam bina muscle sebelum Ramadan, tup tup masa Ramadan jisim otot berkurang. 

Penting ke jisim otot ini?


Cuba bayangkan semua pergerakan fizikal kita hari ini - bermula bangun daripada katil, siapkan sarapan, berjalan naik dan turun tangga hatta lakukan solat 5 waktu. Tahukah anda bahawa kita perlukan otot yang sihat untuk beri kekuatan dan tenaga untuk lakukan pergerakan rutin yang seperti di atas. 

Jadi, kesihatan otot memainkan peranan sangat penting untuk berikan kekuatan, tenaga dan keupayaan dalam menjalani gaya hidup sihat dan aktif sepanjang hayat kita.

Bagaimanapun, kehilangan jisim otot bermula seawal 30-an. Selepas umur 40 tahun, kita boleh kehilangan sehingga lapan peratus jisim otot setiap dekad dan angka ini boleh dipercepatkan jika kita diserang penyakit atau alami kecederaan. 

Kehilangan jisim otot akibat penuaan pula berlaku secara beransur-ansur dan sering dicirikan sebagai kehilangan kekuatan. 

Melalui pemakanan yang betul, kita boleh balikkan atau perlahankan proses kemerosotan kesihatan otot dan tingkatkan kualiti hidup seiring peningkatan usia kita. 

3 Cara mudah untuk perlahankan kemerosotan jisim otot


1. Bersenam secara berkala termasuk latihan rintangan untuk kekalkan kekuatan tubuh dan otot. Bersenam ini semudah berjalan briswalk 15-30 minit pun dah ok sangat.

2. Makan sumber protein daripada daging tanpa lemak, telur dan kekacang; sasarkan sebanyak 25 hingga 30 gram protein setiap hidangan.
 
Kita juga boleh ambil Cinch Shake Shaklee, minuman yang berasaskan protien yang kaya serat dan bantu untuk gantikan makanan sepanjang kita berpuasa. Perasa Coklat adalah Cinch Shake yang paling rendah Glisemik Index iaitu 16. Ini bermakna kita kenyang lebih lama.
 



Yang lagi lebih best, Cinch Shakes perasa coklat ini mengandungi bahan yang dikenali sebagai Lucine. Lucine bantu kekalkan otot, bakar lemak yang anda tidak perlukan dan hilangkan inci yang anda tidak mahu. Allahu, seronok dan best kan? Maka pastikan Cinch Shake wajib ada dalam Set Kurus Shaklee kita.

3. Pilih makanan seimbang dipenuhi sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, protein, lemak sihat dan vitamin serta mineral penting seperti kalsium dan vitamin D.

 

2- SIHATKAN USUS 


Ramadan bukan saja mengajar menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi ia bantu merehat serta memulihkan sistem pencernaan kita pada siang hari. Oleh itu penting untuk jaga kesihatan sistem pencernaan sepanjang Ramadan kerana apabila bermasalah, ia akan ganggu kelancaran puasa dan aktiviti harian kita.

Pedih hulu hati, najis berdarah, sakit perut yang teruk, sembelit dan cirit-birit antara kerap berlaku disebabkan tidak amalkan gaya hidup sihat sehingga boleh mengganggu kelancaran berpuasa sepanjang Ramadan.



Herb-Lax Shaklee mengandungi 9 jenis herba. Daun Senna dalam Herb-Lax mempunyai sifat yang menggalakkan proses pembuangan jadi lebih lancar dan pembersihan yang lembut. Tiada efek memulas-mulas sebaliknya very mild seperti "nature call" dalam 4-8 jam selepas pengambilannya.


3- MUDAHKAN PROSES BAKAR LEMAK TERSIMPAN


Untuk percepatkan proses pemecahan lemak yang degil, wajib ambil Lecithin setiap hari sebelum makan dan Omega selepas makan. 


Lecithin penting untuk proses hasilkan choline, iaitu zat yang meningkatkan metabolisme tubuh kita! Tugasnya pecahkan lemak dari makanan jadi molekul-molekul kecil, kemudiannya bertukar jadi asid lemak yang mudah dibakar oleh badan sebagai tenaga. 


Omega pula bantu aktifkan Hormon Leptin yang bakar lemak. Hormon Leptin bantu sekat selera makan kita mahupun craving benda-benda manis. Maka, dapatlah kawal rasa lapar dan stabilkan paras gula dalam darah kita. Suka tak?! 

Bila paras gula terkawal, tiada rintangan insulin berlaku.  Jadi, makin mudah kita nak turunkan berat badan dan kurus sebelum Raya! Tak percaya, cubalah.


KESIMPULAN


Bulan Ramadan berikan kita peluang untuk turunkan berat badan dengan amalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta kurangkan makanan yang tinggi lemak dan gula. Perlu diberikan perhatian kepada saiz hidangan dan pilihan makan kerana kecenderungan kita terbabas tiap kali waktu berbuka.

Oh ya, untuk dapat kesan terbaik, saya cadangkan kita gabungkan SET KURUS SHAKLEE ini bersama-sama dengan SET PUASA SHAKLEE. Tak kisahlah anda lelaki atau wanita, ibu menyusu atau tidak mahupun warga emas. Dapatkan kesan terbaik dalam turunkan berat tanpa seksa badan, sambil kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadan.

Semoga bulan Ramadan akan bentuk kita jadi individu yang bijak memilih makanan yang sihat dan berkhasiat di samping menjalani ibadah puasa yang lebih berkualiti dan sempurna. Allahumma Aamin.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Sunday, March 12, 2023

Dapat Duit Raya Awal Dari Shaklee


Tahun 2023 ini, genap 13 tahun saya menjadi ''Suri Bisnes Bergaji"  bersama Shaklee. Sepanjang 13 tahun bersama Shaklee, tidak pernah sehari pun Shaklee terlewat nak bayar "gaji" pengedarnya pada setiap 14hb, malah ada masa dibayar lebih awal lagi ada. Best kan? Bonus April 2023 tahun ini, akan masuk awal kurang seminggu sebelum raya. Seronok gila, dapat duit raya awal dari Shaklee lagi kita tahun ini. Alhamdulillah, rasa nak chicken dance kejap. Hihihi.

Bagi yang buat part time, bertambah-tambah seronok sebab dapat 2 income. Satu, duit raya awal Shaklee tengah bulan dan kedua, dapat gaji kerja hakiki setiap akhir bulan. Siapa yang tak suka?!

Investing dalam bisnes Shaklee adalah satu langkah bijak yang saya buat 13 tahun lepas. Bayangkan jadi ahli hanya RM65 dulu, kini lebih jiimat hanya RM35 sahaja. Tidak perlu stock up. In return you get more.


DUIT RAYA AWAL UNTUK APA?


Pastilah panjang listnya. Ha! Ha! Ha!

Paling saya terkesan benar melihat sahabat-sahabat usrah saya yang sangat berusaha untuk perbanyakkkan sedekah pada 10 malam terakhir Ramadan. Ini kerana, pada 10 malam terakhir Ramadan adanya satu malam yang dikenali sebagai malam Lailatul Qadar. Malam di mana setiap amalan pada malam tersebut akan bersamaan 1000 bulan. 

Bayangkan jika kita bersedekah RM 1 sahaja pun pada 10 malam terakhir dan malam itu jatuh malam Lailatul Qadar, maka amalan sedekah kita akan dikira selama 1000 bulan. Hebat bukan?


Sahabat syurga Family Akademi Cahaya


Antara 3 perkara yang saya pelajari dari mereka adalah;

1- Niat infaq untuk beri duit raya kepada anak-anak mahupun parents atau pembantu rumah dalam bulan Ramadan.

2- Buat senarai plan sedekah dari malam 21 hingga ke malam 30. Contoh budget RM1000;

Malam 21 : RM50 Masjid
Malam 22 : RM50 Anak yatim
Malam 23 : RM50 Duit raya anak x 4
Malam 24 : RM50 Tahfiz
Malam 25 : RM100 Parents x2
Malam 26 : RM50 ...
Malam 27 : RM100 Parents Mertua x2
Malam 28 : RM50 ...
Malam 29 : RM100 gift raya untuk 6 jiran
Malam 30 : RM50 ...
 
3- Sediakan dan berikan juadah berbuka puasa kepada ahli keluarga atau sesama Islam. Sabda Rasulullah: 
“Sesiapa yang memberi iftor (hidangan untuk berbuka) orang-orang yang puasa/berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang puasa/berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun.” (HR Bukhari dan Muslim).


Penting ke menjadi kaya untuk lebih banyak memberi? Allah pilih kita untuk membahagiakan nikmat yang Dia pinjamkan kepada kita. Kita semua sama saja. Hamba Dia. Yang membezakan kita ialah apa yang kita buat didunia ini.

Anda yang mahu berbisnes telah pun memilih, jadi seharusnya anda 'kuat' untuk meneruskan misi kaya untuk beribadah. Betulkan 'Niat' kita. Bantu mereka bermasalah, kesihatan mahupun kewangan.
Semoga kita semua terkenal di langit, malaikat dan segala makhluk yang Allah ciptakan di atas sana, menunggu kita saat kita sudah selesai tugas di dunia ini.

Amin.

3 SEBAB MENGAPA ANDA PATUT SERTAI SHAKLEE


(1) Syarikat yang stabil


Shaklee Malaysia mulakan operasinya sejak tahun 1995, yakni 39 tahun selepas ditubuhkan pada 1956. Dari 1995 hingga kini, shaklee tetap teguh berdiri & berbakti kepada mereka yang inginkan kehidupan dan kesihatan yang lebih baik, walau hadapi pelbagai cabaran, ujian, rintangan & tohmahan.

SHAKLEE SYARIKAT YANG STABIL
Dari 1995, Shaklee telah sentuh dan bantu berbakti kepada mereka 
yang inginkan kehidupan dan kesihatan yang lebih baik.


Total jumlah bayaran bonus Shaklee kepada ahli sepanjang 3 tahun 
2020 sehingga 2022. RM372 Juta gais. Best ke best sangat?!


(2) Produk yang efektif, berkesan dan tidak bermusim


Ramai yang claim produk syarikat mereka berkesan, namun dengan Shaklee kami MEMBUKTIKAN produk kami bukan sahaja BERKESAN, malah SELAMAT, EFEKTIF dan MESRA ALAM.

Buktinya?
  • Lebih drp 100 kertas kajian klinikal & saintifik diterbitkan dalam jurnal saintifik yang menyokong keselamatan dan keberkesanan produk Shaklee.
  • Produk Shaklee juga turut digunakan oleh para atlet sukan olimpik, angkasawan, pendaki Everest, peneroka kutub dll
  • Produk kami diperlukan oleh mereka yang passion untuk sihat, jaga kesihatan serta tingkatkan prestasi kecergasan dalam bidang masing-masing.

(3) Sistem yang adil

  • Di Shaklee, bisnes sangat ADIL sebab siapa kerja dia buat buat buat dia boleh dapat bonus / duit raya Shaklee lebih daripada upline dia. Tiada istilah ‘siapa masuk dulu, dia dapat lebih’. Tiada istilah upline cekup bonus downline.
  • Bisnes Shaklee juga bukan bisnes goyang kaki. Harus berusaha dengan gigih. Anda yang tentukan berapa bonus yang anda nak. Nak bonus besar, usaha buat kena besar. Kira anda ada peluang setiap bulan untuk kenaikan bonus anda. Adil bukan?
  • Malahan, ada keadaan downline ada bonus / duit raya Shaklee lagi banyak dari upline. 

Bisnes shaklee untuk semua orang. Kita ada Komuniti Bisnes Shaklee yang sangat best dan happening yang sentiasa akan bantu grow dalam bisnes Shaklee. Seronoknya jika lebih ramai wanita dapat duit Raya awal dari Shaklee sebab ia
  • Tidak perlu modal besar, malah tiada modal pun boleh join.
  • Boleh dilakukan bila-bila masa dan dimana sahaja.

Alin sendiri bermula dengan makan sendiri. Alhamdulillah kini dah jadi kerjaya seumur hidup. Dapat capai impian ada bisnes sendiri, unlimited income, lihat anak-anak membesar depan mata serta lakukan aktiviti yang kita suka buat.

Siapa ada impian yang sama? #Joinus
Mungkin tahun depan anda pula akan merasa duit raya awal dari Shaklee.

Baca juga >>> Income tengah bulan

Take a giant step forward!
Let’s do it together


Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Friday, March 10, 2023

Pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee

Salam sahabat-sahabat amazing,
Didoakan kalian sentiasa dalam limpahan kesihatan serta dimudahkan urusan.

Ramadan bakal tiba tak lama lagi, iaitu 13 hari sahaja lagi. Masih sempat untuk kita persiapkan diri untuk menghadapi Ramadan. Banyakkan berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan yang bermaksud,
“Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”
Inilah doa yang sentiasa diulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Jangan sia-siakan Ramadan kali ini.




RAMADAN YANG TERKESAN


Korang dah ready ke untuk Ramadan 2023? Teringat Alin kenangan semasa zaman penyusuan dan Ramadan bersama 4 orang anak. Kalau nak dibandingkan, masa bekerja dan mengepam dibulan puasa tuh lagi berat cabarannya berbanding menyusu secara direct dan bekerja dari rumah.

Paling terkesan ketika anak ke-2, Dzakirah. Zaman berjuang buat stok sebelum, semasa dan selepas Ramadan. Bayangakan cabarannya dengan PJJ bersama suami, tuntutan kerja yang selalu outstation dalam dan luar negara ditambah meeting bersama management dan client yang tak sudah. kihkihkih. Begitulah.

MASALAH SUSU BADAN BERKURANG


Ramai ibu-ibu yang khuatir jika berpuasa sebabkan penghasilan susuibu merudum. Alin juga dulu  fikir camtu. Hakikatnya berpuasa tidak ganggu penyusuan pun jika si ibu sudah mempunyai persediaan yang rapi, baik dari segi fizikal dan minda. 


Apa yang perlu anda lakukan adalah pastikan tambah kekerapan pumping dan jangan ponteng sesi memerah semasa hujung minggu. Dari pengamatan Alin, 3 masalah yang sering dihadapi penyebab susu berkurang adalah :
  • Tidak disiplin mengepam. Jangan sesekali "ponteng" sesi mengepam. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam, sebab masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Boleh gunakan teknik power pumping.
  • Kurang minum air. Ibu menyusu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh jadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu.
  • Stress. Tak ramai yang sedar. Stress terjadi bila kita terlalu banyak benda nak difikir/dibuat dalam satu masa, walaupun kita rasa “Eh, aku OK je”. Pernah Alin cuma dapat pam 18 oz sahaja (biasa average 24 oz). Pada hari itu memang meeting tak berhenti dan badan sangat penat tambah ngantuk lagi, sampai ada ketika tertidur semasa mengepam. Parah kan? Kihkihkih memang kenangan. 


Sebab itulah, Alin memilih pengambilan supplement, Set Puasa Shaklee. Bagi Alin supplement itu sepatutnya up-front, bukan last resort. Bukan bila susu dah drop baru nak berperang berusaha cari solusi. 


3 KESAN PENYUSUAN RAMADAN DENGAN SET PUASA SHAKLEE


1- Dengan Set Puasa Shaklee, badan kurang letih. Paling best tiada lagi rasa terbelit-belit. Hihihi sembelit laa. Lil Dzakirah juga semakin berselera minum EBM. Masa mula-mula berjauhan hanya minum 2-3oz saja. Sekarang 3.5-5.0oz mesti. Haza Min Fadli Rabbi, semuanya dengan izin-Nya. 

2- Dengan set Puasa Shaklee, mudah disediakan dan jimat masa. Paling penting ia berkhasiat, padat nutrisi dan sedap. Jika bangun di saat akhir waktu imsak pun, kami hanya amalkan makan kurma 5-7 biji beserta segelas campuran ESP dan Performance Drink.  Ia juga sangat bagus untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan anaknya.

3- Dengan set Puasa Shaklee, bukan sahaja susu tidak merudum, malah susu Alin lebih pekat. Baby pun suka dan rasa kenyang.



SET PUASA SHAKLEE


Tahun ni Shaklee perkenalkan Set Puasa Shaklee yang baru, dikenali sebagai Set Puasa 1-2-3. Apa yang ada dalam Set Puasa Shaklee ni? 



1- ESP Shaklee 


Item pertama dalam Set Puasa Shaklee ialah ESP Shaklee. Protein soya, yang mengandungi 9 asid amino penting dan rendah lemak serta tiada kolesterol untuk memastikan anda mendapat tenaga yang banyak dan penghasilan susu ibu yang baik.

Tahukah anda, keperluan protien sangat penting kerana protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Protien merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu maka keperluan protien oleh seorang ibu turut meningkat selain keperluan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus.

Pengambilan ESP @ Energizing Soy Protein sememangnya diketahui percepatkan penghasilan susu badan, dengan syarat, anda mematuhi konsep asas penyusuan susuibu iaitu ‘supply and demand’.

Bagi yang sedang buat persediaan untuk berpuasa Ramadan, Alin sarankan sangat pengambilan ESP bersama Cinch Chocolate / Performance Drink. Ia sangat membantu perjalanan penyusuan kalian. InsyaAllah, sungguh. Alin cakap ni berdasarkan pengalaman Alin dan kawan-kawan semasa menyusukan anak-anak sepanjang Ramadan.



2- Cinch Shake


Item kedua dalam set Puasa Shaklee ialah Cinch Chocolate Shake. Ia adalah minuman yang berasaskan protien untuk menggantikan makanan sepanjang kita berpuasa. Perasa Coklat adalah Cinch Shake yang 
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian. 
  • Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga. 
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting.
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan.
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda kurangkan berat badan. Bonus sangat ni.


3- Performance Drink Lemon Lime


Item ketiga dalam Set Puasa Shaklee ialah Performance Drink Lemon Lime, kaya dengan elektrolit untuk 
  • sokong fungsi otot
  • kekalkan keseimbangan air dan cecair 
  • bantu tingkatkan tenaga

Minuman rehidrasi ini dapat bantu anda ketika cuaca panas, cirit-birit, bersenam, berpuasa, menyusu, sibuk bekerja atau yang selalu amalkan gaya hidup yang aktif. Pastikan badan anda sentiasa terhidrat supaya dapat kekal aktif dan sihat sepanjang hari.

Sesuai buat seisi keluarga. Anak-anak pun suka sampai pandai bancuh sendiri. 


KESIMPULAN


Baik ibu bekerja mahupun surirumah sepenuh masa, Alin dah merasai pengalaman menyusukan anak dalam kedua-dua situasi. Ternyata bila makan vitamin semasa menyusu kita bukan bercerita tentang kualiti, sebab susuibu memang berkualiti. Namun, kita bercerita tentang nutrisi.

Kesannya bukan sahaja pada pertumbuhan dan pembesaran anak malah ibu juga turut merasai kesan yang positif lebih bertenaga dan mampu untuk punya mood yang baik dalam hasilkan susuibu yang cukup buat si anak.

Selagi mana kita mereka cipta alasan, tiada siapa yang dapat bantu kita. Niatkan menyusu anak syurga kita kerana Allah. InsyaAllah, Allah bantu dan permudahkan.



Lekas dapatkan Set Puasa Shaklee 123 ini. Ia amat membantu ibu-ibu yang menyusu dan berpuasa di bulan Ramadan. Alin doakan semua ibu-ibu menyusu diberi kemudahan untuk berpuasa dengan baik tahun ini, allahumma Aamin.

Harga 1 set hanya RM260 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran) untuk ahli. Harga asal RM410 tau. Super jimat Ya Allah. Ingat, dengan Set Puasa 1-2-3 Senang aje!



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee