Thursday, March 16, 2023

7 Cara Bagaimana Optimumkan Waktu Sahur Ramadan 2023

Allahu lagi 6 hari saja menuju Ramadan 2023. 'Allahumma Ballighna Ramadan' yang bermaksud,

“Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”
Bersediakah kita nak menyambut bulan penuh barakah ini? Sudahkah kita tetapkan matlamat untuk Ramadan 2023? Peringatan ini adalah buat diri saya yang masih berusaha perbaiki diri.



Kelmarin saya ada terbaca post FB dari Akademi Sinergy tentang bagaimana cara nak optimumkan waktu sahur kita agar puasa dengan lebih yakin dan bermakna.

7 CARA BAGAIMANA OPTIMUMKAN WAKTU SAHUR 2023

1. Pukul berapa masuk waktu Subuh? Mesti ambil tahu.
2. 15 minit sebelum masuk waktu Subuh, dah siap sedia menunggu waktu Subuh masuk. Lelaki bergerak ke Masjid. Wanita menanti di Mihrab.
3. 5 minit sebelum tu, sudah selesai makan sahur.
4. 30 minit sebelum tu, sudah mula makan sahur.
5. 30 minit sebelum tu, sudah mula solat sunat dan beristighfar.
6. 15 minit sebelum tu, sudah mula mengurus diri.
7. 5 minit sebelum tu, sudah baca doa bangun tidur.

Begitulah antara idea untuk memastikan waktu sahur semasa Ramadan kita nanti dinikmati dengan lebih yakin dan bermakna. Menarik bukan?


Jom sama-sama kita take note dan selitkan dalam Checklist Ramadan 2023 kita serta praktikkan dalam pengurusan masa kita sepanjang Ramadan tahun ini.

 

"Bantu kami Ya Allah, pilih kami Ya Allah 
untuk termasuk dalam golongan yang kerap lazimi 
Istigfar dan membaca AlQuran selalu."
Allahumma Aamiin.





Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee

No comments:

Post a Comment