Sunday, February 26, 2023

9 Sebab Kenapa ‘Community’ Bisnes Shaklee Sangat ‘Best’

Bismillah.
Penting ke kita memilih circle yang baik-baik dalam kehidupan seharian kita? Circle yang baik akan bawa kita ke arah sesuatu yang bermanfaat. Maka kita boleh buat pilihan untuk memilih sesiapa untuk berada dalam circle kita. 
Pepatah ada kata, “kalau kita berkawan dengan si penjual minyak wangi, kita sebagai kawan pun akan 'terjangkit' sekali bau wangi yang si penjual minyak wangi itu jual. Begitulah.

Shaklee bukanlah bisnes yang datang dan pergi seperti cendawan, namun sebuah bisnes yang mampu bertahan lama. Tahukah anda, pada 
tahun 2020, Shaklee telah meraikan Jubli Perak, 25 tahun. Alhamdulillah Shaklee sebuah syarikat yang stabil.

9 SEBAB KENAPA KOMUNITI BISNES SHAKLEE SANGAT BEST


1- KOMUNITI BISNES YANG MENDIDIK

Bersama Puan Sarah, Nutritionist Shaklee

Melalui komuniti bisnes Shaklee pelbagai ilmu dilontarkan bukan sahaja limit kepada ilmu produk semata-mata dari Nutritionist Shaklee. Kami turut belajar ilmu nutrisi yang bantu kuatkan lagi kesedaran dan keyakinan kami tentang keperluan nutrisi, keberkesanannya dan jaminan keselamatan melalui kelas-kelas daripada profesional berikut;
  • Kelas Dr Haresh - mengenai pentingnya antioxidant bagi melawan penyakit canser, jantung dan pelbagai penyakit moden hari ini.
Bersama Dr Haresh

  • Workshop Nutrivention for Nutraceuticals bersama Dr. Redza Rahman, Profesional Medical Scientist.


Ya Allah, best dan fun sangat. 
Sungguh, kami bukan penjual vitamin yang biasa-biasa. Bila berada dalam kominiti bisnes yang positif, suka atau tidak, kita akan dipaksa untuk kedepan dan upgrade diri. Suke ke suka sangat??

2- KOMUNITI BISNES CIRCLE YANG POSITIF & BERILMU

Kawan-kawan, sesungguhnya ada sangat ramai orang baik-baik dikalangan komuniti bisness Shaklee kami. Tolak tepi mereka ini bangsa apa dan agama apa. Kalau kita lihat dengan betul, kita akan dapat tembus hati mereka yang penuh dengan nilai-nilai yang cukup bersih. Masing-masing saling menyokong dan bantu satu sama lain. Persaingan tetap ada, tapi tidaklah sampai menjatuhkan atau hasad dan dengki.




3- KOMUNITI SOKONGAN DARI SHAKLEE HOME OFFICE

Bersama Puan Masnur, our Business Develop Management (BDM)

Sertai kelas yang dianjurkan oleh Shaklee untuk Upgrade Diri
“When you stop learning, you stop earning”

4- KOMUNITI SHAKLEE FAMILY


Ukhwah kami dalam Keluarga Shaklee. 
Indahnya ukhuwah dalam Shaklee ni ialah dimana kami ni pada asalnya tidak saling mengenali. Tetapi bila sekali berjumpa, dah macam adik beradik. Ramah bersembang, berkongsi cerita,berkongsi tips dan sebagainya.

5- KOMUNITI YANG MENDEWASAKAN DIRI 

Menjadi sebahagian daripada komuniti bisnes Shaklee mendorong kita untuk perbaiki diri jadi lebih baik, pemimpin yang lebih baik, pelajar yang lebih baik dan orang yang lebih baik. InsyaAllah. 
Sama ada kita suka atau tidak, komuniti kita adalah orang yang akan bawa kita ke tempat yang kita mahukan. Kihkihkih , saya suka.


6- KOMUNITI YANG TOLAK UNTUK ‘DEMAND MORE FROM YOURSELF’

Apabila dalam komuniti yang tinggi positive vibes, Orang suruh buat 100%, kami kena buat 202%. Biar tiada siapa pun hargai. Kita buat sebab kita nak upgrade our value, our net worth.

Contoh Projek Blog Mega Shaklee 1.0, walau hanya perlu entry blog dalam 400 patah kata, rata-rata berikan lebih. 

“How you do anything is how you do everything.”


7- KITA HANYA BOLEH BANTU ORANG YANG MAHU DIBANTU


Jika kita nak melihat dunia berubah, mulakan dengan mengubah diri sendiri. Apa yang penting kita ubah diri kita jangan kecewa dengan manusia. Yang perlu kita kecewa adalah dengan amal kita dengan Allah, adakah cukup redha Allah dengan kita? 
Banyak orang yang saya jumpa bila mereka dah tahu sesuatu ilmu, dah berjaya, mereka bangga itu adalah kehebatan mereka. Walhal sedikit pun bukan usaha mereka, jika Allah tak kurniakan usaha tersebut. Semoga Allah selalu bantu kita. 
Beginilah pesan dan kesan yang selalu dikongsi dikalangan komuniti bisnes Shaklee kami. Allahu, alhamdulillah kan.

8. LOVE YOURSELF > be happy > result extraordinary


Saya ada terbaca satu kisah ini. Cerita dia begini, “Jika kita nak tengok seluruh dunia bahagia, kita dulu kena bahagia. Barulah happiness tank kita penuh dan dapat share dengan orang lain.”
“Jika kita nak tengok seluruh dunia harmoni, saling bersilaturrahim antara satu sama lain, kita dulu kena harmoni dengan diri sendiri. Tangki harmoni kita penuh baru boleh share dengan orang lain = spread the harmony gitu”
“Jika kita nak tengok seluruh dunia sihat, aktif dan fit, kita dulu kena sihat, aktif dan fit. Barulah bila kita ajak orang, orang tengok kita walk the talk sebab kita healthy, active dan fit.”
Begitulah pembacaan saya. Dapat sesuatu? Sesungguhnya asas bahagia yang saya temui sepanjang pembacaan saya itu adalah:
Love yourself > be happy > result extraordinary
Bila kita dah sayangi diri sendiri, kita tengok orang pun kita bahagia. Orang dapat rezeki lebih pun kita bahagia. Tiada hasad dengki, tiada rasa kekurangan, tiada comparing diri atau orang sekeliling sebab sayangi diri tu dah buat kita syukur, kita bahagia dengan diri sendiri. Kita bahagia dengan apa Allah beri. #Leadersarereader

9. KOMUNITI UKHUWAH 


Ukhuwah sesama saudara seIslam dengan uplines, dowlines, sidelines dan para masters. Masing-masing tak lokek dalam berkongsi ilmu, bantu membantu dan saling sokong menyokong antara satu sama lain. 

Apa pun, semua Allah atur. Alhamdulillah. Dengan ukhuwah ini makin bertambah ramai kawan-kawan kami baik di alam realiti mahupun alam maya. 

Begitulah.

Coming together is a beginning; keeping together is progress; working together is the success. – Henry Ford

 

KESIMPULAN

Bila kita nak berubah dan orang sekeliling kita support untuk sama-sama berubah dan grow lebih luar biasa hebat. Hasilnya 200% positif. Begitulah kepentingan kita jadi positif dan ada circle yang positif. That's why pentingnya circle rakan dan persekitaran yang positif. Kalau circle you positif, tindakan dan pemikiran you pun akan positif hingga you pun boleh pengaruhi keadaan sekeliling you pula.

Ya Allah, bantu kami selalu. 


Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee

Saturday, February 25, 2023

Review Blog Mega Shaklee 1.0 dan Kenapa Nak Lagi Blog Mega Shaklee 2.0?

Blogging sangat dekat dihati saya. Telah banyak tahun berlalu, walau mood menulis macam chipmore, "kejap ada, kejap tak ada", walau hanyut ke laut dalam sekali pun, namun semangat untuk berblogging sentiasa ada, cuma menunggu masa untuk dipetik suiz sahaja. Nak tulis ni pun mata berkaca. 

Teringat saya ketika jam sudah hampiri pukul 12 tengahari, laju-laju saya tekan jari mendaftar dan submit permohonan untuk sertai Projek Blog Mega Shaklee Euphoria 1.0. Alhamdulillah diterima. 

Ada 5 Perkara Yang Best Berblongging Secara Berjemaah dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0 

  • Cetuskan 'waves SEO' yang dicipta dalam google (search engine). Jadi, sama-sama kena beri kerjasama. 
  • Blogging sediakan tapak kedai maya jangka panjang. Ia  aset yang bukan biasa-biasa ditambah dengan memiliki SEO blog yang kukuh. Giler best!
  • Hanya 2 entry sahaja diperlukan untuk 2 minggu, berdasarkan tema yang ditetapkan. Jadi, semua peserta terlibat boleh menikmati kelebihan SEO yang kita sama-sama tanam. Nampak mudah kan?
  • Humak aih! Hadiah yang ditawarkan pun sangat eksklusif iaitu Vivix, Collagen Plus Powder dan Nutriferon. Semua 'signature' produk Shaklee, siapa yang tak teruja!
  • Semua peserta ada peluang yang sama. Tiada istilah terlambat untuk dikenali melalui blog, asal kita buat seperti yang disuruh. Tak percaya? Sila baca sampai habis.

Untuk tugasan pertama, kami perlu menulis tentang topik intermittent fasting. Walau topik IF ini sangat sinonim, saya lihat ramai peserta yang bersemangat sampai ada yang tidak tidur malam. Rata-rata rasa stres macam nak hantar assignment masa dekat uni. Termasuklah saya yang menulis ni.  Kihkihkihkih.

Tugasan pertama mencabar, biasalah. Tapi saya excited sebab dari tugasan pertama kami dapat jalingkan ukhwah dengan leader-leader Shaklee yang belum pernah saya kenal sebelum ni seperti Kak Fieza dan Dettis.

Untuk tugasan kedua pula, kami perlu kupas topik Set Kurus Shaklee. Anda serius nak turunkan berat? Jemput terjah baca 5 cara untuk ‘baiki’ hormon yang kawal berat badan wanita dalam Set Kurus Shaklee.


EH MENANG KE?


Apa pun projek ini best sebab semua berjaya menang hadiah. Didoakan Allah limpahi rezeki bagaikan air zam-zam yang tak pernah berhenti mengalir, buat penganjur iaitu Master Norita. 

Tahniah buat Team RISE, ada yang menang hadiah utama, Vivix dan Collagen Plus Powder. Bertuahnya rasa. Ah, rasa nak lap mata. Alhamdulillah. Makin sihat dan cantik berserilah semua lepas ini. Kihkihkih.


Untuk mak-mak, collagen & Vivix ni antara yang wajib amalkan


KENAPA NAK LAGI BLOG MEGA SHAKLEE 2.0?


Kawan-kawan, kita memang belajar semua perkara tapi tak semestinya kita tahu semuanya. Apa yang kita belajar perlu diasah pula dengan pengalaman. Kalau pengalaman tak bersatu dengan apa yang kita belajar, maka itu sekadar teori semata. 

Saya melihat dengan semangat baru yang berkembang untuk terus menulis blog, Projek Blog Mega Shaklee 2.0 boleh buka lebih besar peluang bisnes kepada semua leaders dan pengedar Shaklee bermula tahun 2023 ini. 

Dahulu saya juga bermula dengan blog. Asbab suka berkongsi pengalaman, cabaran ibu bekerjaya dan manfaat kesihatan sepanjang perjalanan penyusuan anak-anak 2 tahun, saya terjebak dalam bisnes shaklee. Asbab blog juga saya dipertemukan dengan ibu-ibu hebat yang berjuang menjayakan penyusan anak-anak mereka. Dari orang asing kami jadi kawan, bisnes partner hinggakan jadi kawan usrah. Syukurnya saya. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. 

Kawan-kawan, andakah anda geng suka menolong? Saya sangat alu-alukan ibu-ibu yang nak rasai pengalaman dan perubahan dalam kehidupan untuk bersama-sama kami bina kehidupan yang lebih baik. Inilah antara kelebihan apabila kalian berdaftar sebagai ahli Shaklee, kalian akan dapat kelebihan ilmu, sokongan dari team yang semuanya seiring ingin sama-sama capai kejayaan dan nikmati kesihatan yang lebih baik. 

Dengan hanya guna medium menulis percuma, sokongan tunjuk ajar yang jelas dan teknik yang sama juga telah buktikan ramai meraih kejayaan berganda-ganda. Ayuh rebut peluang ini sungguh-sungguh untuk capai segala impian anda dan keluarga, insyaAllah. 


KESIMPULAN


Pernah dengar tak, pepatah ada mengatakan
“Alone, we can do so little; together, we can do so much.”

Rasulullah Shallalahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, 
“Berdua lebih baik daripada sendiri, bertiga lebih baik daripada berdua, berempat lebih baik daripada bertiga, maka hendaklah kalian tetap bersama berjemaah, kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku kecuali atas sebuah petunjuk (hidayah).”
(HR. Ahmad)

Berdasarkan hadis tersebut, dapat kita fahami bahawa Islam sendiri ajarkan satu konsep secara berjemaah dalam melakukan sesuatu perkara atau kerja. 

Begitulah. #TogetherWeRise


.
ps. 
Sungguh Februari 2023 bukan sekadar bulan biasa-biasa. Bulan kelahiran orang Februari ni bertuah kan? Ah nak lap mata lagi. Alhamdulillah.


Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee

Tuesday, February 21, 2023

SET PUASA SHAKLEE UNTUK RESET 5 MASALAH KESIHATAN WANITA KETIKA RAMADAN

Wanita adalah golongan yang sangat jaga soal ibadah puasa, malah dalam keadaan haid pun, mereka sanggup berlapar. Menjelang bulan Ramadan kali ini, berbaki kurang 30 hari saja lagi, sudahkah anda mula buat persediaan awal sambut Ramadan lebih produktif dan bermakna?

Ramadan adalah bulan berpuasa yang beri impak besar dalam kesihatan fizikal mahupun mental kita. Justeru, saya nak ajak kita menilai semula serta persiapkan diri dengan ilmu tentang kesihatan diri, masalah kesihatan di bulan Ramadan, punca dan cara untuk atasinya. Semoga apa yang akan kita lakukan nanti lebih baik daripada sebelumnya dari segi pemakanan dan kesihatan keseluruhannya.




5 MASALAH KESIHATAN WANITA KETIKA BERPUASA DAN BAGAIMANA CARA ATASINYA. 


1. PENING / SAKIT KEPALA DAN STRESS


Biasanya pening / sakit kepala ini berlaku pada awal Ramadan. Ini adalah kerana proses adaptasi terhadap puasa. Antara punca-punca yang dapat kenalpasti adalah

  • Dehidrasi.
  • Hypoglysemia (kurang kandungan gula dalam darah).
  • Perubahan pola tidur.
  • Stress yang disebabkan keadaan cuaca yang panas ketika waktu tengahari dan penat berfikir semasa kerja. 
Bagi sesetengah orang penyakit migrain mereka bertambah teruk sewaktu berpuasa. Mungkin tips berikut boleh bantu kurangkan pening kepala anda.

i) Kurangkan ambil makanan yang bergula, bergaram, berlemak serta berkafein.

ii) Tidur sekejap di waktu tengah hari. Rasulullah dan para sahabat biasakan diri dengan tidur sekejap ini sama ada sebelum zuhur atau selepasnya sekitar 15-30 minit.

iii) Kurangkan stres atau penat bekerja dengan lakukan senaman ringkas di pejabat atau gunakan teknik pernafasan rilektasi 5-8-8. 5 saat tarik nafas, 8 saat tahan dan 8 saat lagi hembus. Ulang selama 1 minit. Cubalah.

iv) Pastikan pengamblan air yang cukup semasa dan selepas berbuka puasa.

v) Elakkan juga cuaca yang panas / cahaya yang terang.

vi) Ambil Set Puasa Shaklee Untuk Sakit Kepala, Migrain dan Stress. Didoakan Ramadan 203 lebih bermakna. 

Set mampu milik, Jadi ahli lebih jimat 

2. DEHIDRASI 


Derhidrasi dalam bulan puasa adalah masalah yang biasa terjadi kerana kurang pengambilan air yang cukup kerana waktu yang terhad. Selain itu, pengambilan kafein semasa iftar atau sahur dan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam sebabkan kepekatan darah jadi pekat dan sebabkan dehidrasi berlaku.

Dalam bulan puasa tidak kira dewasa atau kanak-kanak, makanan tidaklah begitu penting namun air sangat penting. Tanda-tanda kekeringan air dalam badan antaranya bibir dan kulit kering, loya, berpinar, kurang buang air kecil atau air kencing jadi pekat, kekejangan otot dan dahaga yang melampau sehingga boleh membawa pengsan. Tanda-tanda ini boleh dielakkan jika kita minum air secukupnya.

Tip untuk dapat air yang secukupnya, iaitu 8 gelas sehari seperti berikut.

Sumber Facebook KKM

Dinasihatkan selepas berbuka sehingga bersahur, rancang untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong. Susah nak cukupkan 8 gelas air kosong? 

Keluarkanlah sedikit belanja untuk beli Set Puasa Shaklee Untuk Dehidrasi. Sudah jadi amalan kami sekeluarga, sebelum tidur saya akan bancuhkan satu tumbler Performance Drink untuk di minum seisi keluarga.  Ini untuk elakkan anak-anak alami hidrasi dan bagus untuk kelembapan kulit. 

Alhamdulillah memang rasa perbezaan yang ketara bila kami terlepas langsung waktu sahur yang mana bangun sahaja sudah azan subuh :( sudah pasti tidak sempat untuk bersahur. 

Dengan Set Puasa Shaklee - Performance Drink, minuman anda mengandungi formula opticarb yang 
  • bantu badan kita cergas sepanjang hari walau berpuasa
  • pastikan kandungan gula dalam darah dan bendalir dalam badan adalah seimbang. 
  • bantu ibu-ibu tidak dahaga sepanjang hari berpuasa disamping melaksanakan tanggungjawab tugas dipejabat, menjayakan penyusuan, anak mahupun  hamil sambil berpuasa.
Kini ada 2 perisa, Orange dan Lemon Lime. Ya Allah, sedap sangat tau, terutama yang Lemon Lime tuh! Cubalah. Apabila pengambilan air yang cukup, simptom dehidrasi dapat dicegah.

Set Puasa Shaklee - Dehidrasi


3. SEMBELIT


Sembelit juga sering berlaku kerana berpunca dari kekurangan air dan kurang pengambilan fiber. Ditambah pula jika kita bekerja di bawah terik matahari. Banyak peluh akan keluar. Mengambil minuman teh dan kopi juga boleh jadi penyebab kita kerap kencing. Ini cetuskan hidrasi badan semakin berkurangan.

Usus akan banyak serap air bagi gantikan peluh tadi, akhirnya konstitusi najis akan keras. Sembelitlah jadinya. 

Tips untuk elakkan sembelit adalah minum air secukupnya. Elakkan kerja-kerja luar di bawah terik matahari. Terpenting, semasa berbuka dan bersahur, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Serat yang terkandung dalam sayur dan buah itu boleh melembutkan najis dalam usus.

Sembelit boleh menjadi masalah yang sangat menggangu untuk muslim melaksanakan ibadah berpuasa. Cara elakkan adalah mudah. Antaranya:
  • Ambil air secukupnya semasa berbuka dan ketika bersahur.
  • Tambah makanan berkhasiat yang banyak buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam diet anda.
  • Tingkatkan kandungan serat daripada makanan anda.
  • Amalkan Set Puasa Shaklee - Sembelit

Set Puasa Shaklee - Sembelit

4. GASTRITIS / PEDIH ULU HATI


Masalah Gastritis atau gastrik ini sangat common berlaku dan sangat mengganggu bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa semasa berpuasa. Gastritis ini adalah gangguan atau keradangan yang berlaku pada lapisan permukaan perut, terutama apabila bahagian perut atas (berhampiran ulu hati) berasa sakit dan tidak selesa.

Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul Malik Jamal Buhari berkata, sakit perut semasa berpuasa bukan disebabkan gastrik tetapi tabiat pemakanan semasa berbuka.
"Semasa berbuka, mulakan dengan makanan ringan seperti kurma, sedikit kuih atau buah-buahan, tunaikan solat maghrib dan selepas itu barulah ambil makanan lebih berat."
Dr. Malik berkata, sebanyak 80 peratus penderita gastrik disebabkan oleh bakteria dalam perut Helicobacter pylori (H. pylori) manakala selebihnya disebabkan oleh makanan, ubatan seperti ubat tahan sakit dan stres.

Penghidap gastrik sebenarnya masih boleh berpuasa dengan menitikberatkan beberapa perkara antaranya penjagaan pemakanan.
  • Elakkan pengambilan makanan yang datangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak serta makanan yang mempunyai asid tinggi seperti limau, oren dan tomato.
  • Elakkan makanan dalam tin kerana ia mempunyai kandungan asid yang tinggi.
  • Dari segi minuman, penghidap gastrik perlu kurangkan atau elakkan minuman yang mengandungi kafein, minuman bergas dan beralkohol.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya dua liter sepanjang malam pada Ramadan, dua gelas susu atau jus buah-buahan yang tidak berasid contohnya pisang ketika bersahur.
  • Berhenti merokok. Asap rokok juga beri kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.

Jadi, gastrik tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa, melainkan jika ia terlalu memudaratkan.

Ketika berpuasa, kita digalakkan untuk bersahur di akhir waktu dan tidak ambil makanan yang berkalori tinggi dengan kuantiti yang banyak ketika berbuka. Selain itu, jenis makanan juga akan pengaruhi risiko yang boleh sebabkan pesakit untuk galami masalah gastrik. Piih makanan yang bersesuaian untuk bersahur dan berbuka.

Gastrik ni bila datang menyerang Allahu, pedih amat dan sampai ada yang tak mampu nak bangun. Ada yang sampai muntah muntah. Nampak macam biasa sahaja, tapi bila yang sudah kena sahaja yang tahu azab nya. Jadi nak tak nak kena tahu dan cuba Set Puasa Shaklee - Gastrik sekarang.

Set Puasa Shaklee - Gastrik


5. OBESITI


Aneh, tetapi benar! Tak ramai yang berjaya menurunkan berat badan ketika bulan puasa, sebaliknya berat badan terus bertambah pula, lebih banyak berbanding sebelumnya.

3 punca berat badan naik ketika puasa yang biasa terjadi dan harus anda elakkan sejauh-jauhnya.
  • Makan tak ingat dunia semasa bersahur, berbuka dan moreh. Makan banyak bukan jaminan untuk kekal kenyang, sebaliknya kita hanya perlu makanan yang cukup nutrisi semasa bersahur dan berbuka. Misalnya, ambil protein dan serat dalam Set Puasa Shaklee, cukup untuk beri rasa kenyang semasa berpuasa.
  • Penurunan aktiviti fizikal. Kita jadi malas lakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dan banyak duduk. Tetap bergerak ya walau berpuasa. Lebih buruk ada yang gemar tidur semula selepas sahur. Cara ini bukan sahaja buatkan badan jadi lebih letih dan tidak bermaya, malah sebabkan masalah kegemukkan jadi lebih serius.
  • Minum air manis berlebihan. Siapa tidak suka air manis, ditambah pula dengan ketulan ais kan. Bergelas-gelas pun boleh dihabiskan. Tak kira sama ada berbuka atau ketika bersahur, ambil air manis yang berlebihan meningkatkan kadar kalori, dan beri kesan buruk kepada kesihatan seperti risiko diabetes, darah tinggi dan kencing manis. Hadkan 1 hingga 2 gelas air manis. Minum air kosong 6 hingga 8 gelas sehari.

Tips yang boleh diamalkan


Hati-hati ya kawan-kawan. Asal kita sedar untuk makan secara sederhana sepanjang bulan Ramadan dan beri perhatian kepada makanan sihat, kita pasti boleh dapat berat badan ideal walau berpuasa. Berjuangan!

KESIMPULAN


Apa pun, berpada-padalah ketika berbuka dan bersahur hatta semasa nikmati juadah moreh. Amalkan gaya hidup yang sihat, pilih makanan yang bernutrisi dan rebutlah peluang ketika Ramadan ini untuk beribadah. Puasa pada bulan Ramadan tidak datangkan sebarang kemudaratan malah dapat cegah dan sembuhkan pelbagai penyakit, asal kita sedar dan beri perhatian kepada pemakanan sihat dan bernutrisi seperti dalam Set Puasa Shaklee.

Mari kita manfaatkan sebaik-baiknya bulan yang penuh berkat ini. Agar kelak kita menjadi orang yang benar-benar mendapat kemenangan disisiNya. Amin.

Selamat menunaikan ibadah puasa.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee

Wednesday, February 15, 2023

Set Kurus Shaklee Untuk Wanita Yang Serius Nak Turunkan Berat Badan

 
Wanita impiannya kurus, hobinya makan. Haha, siapa setuju? 

Kita sering fikir nak turun berat sebab nak kurus. Namun sebenarnya, beyond that. Jika kurus, tetapi sakit - mesti kita tak nak kan? Diet bukan tentang usaha untuk kurus, tetapi untuk hidup sihat dan tingkatkan kualiti hidup!

Ramai wanita tahu sahaja "RAHSIA"nak turun berat badan, iaitu
  • 80% Jaga pemakanan
  • 20% lagi bersenam dengan konsisten
Tetapi, mengapa ramai wanita struggle, rasa mencabar dan susah untuk kurus?


SEBAB UTAMA WANITA SUKAR TURUNKAN BERAT BADAN 


Dalam hal ini ketidakseimbangan hormon mungkin boleh dipersalahkan!

Ini kerana biologi asas wanita khususnya mempunyai kesan yang lebih besar dalam penentu sama ada usaha turunkan berat badan berjaya atau sebaliknya.

Apabila kita memahami aspek biologi wanita dan bagaimana mengawal atur hormon, insyaAllah penurunan berat badan lebih mudah, dan paling penting kita tidak perlu menyiksa diri untuk berlapar! Menarik bukan?

Berikut adalah 5 cara untuk ‘baiki’ hormon yang kawal berat badan wanita!


  • Hormon Insulin

Tahu tak Insulin merupakan hormon ‘penyimpan’ lemak nombor 1 dalam tubuh manusia! Jika kita ingin turunkan berat badan, pastikan jaga hormon insulin ini lebih berbanding hormon lain. Apabila Insulin meningkat, lebih banyak lemak akan disimpan.
 
Insulin sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Fungsi utama Insulin ialah untuk mengawal atur paras gula dalam darah.
 
Untuk keluar dari belenggu obesiti, setiap wanita perlu fokus pada diet yang bantu menurunkan paras insulin dan tingkatkan semula sensitiviti sel terhadap Insulin.
 
Elakkan makanan tinggi gula dan gula tersembunyi dalam karbohidrat ringkas. Pilih karbo yang lebih baik daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, bijian penuh serta makanan yang tinggi serat. Untuk penurunan berat badan yang lebih efektif, pilih makanan GI rendah dan sederhana. Elak makanan yang ada nilai GI yang tinggi.
 

  • Hormon Leptin

Hormon yang beri rasa kenyang. Apabila kita makan secara mindful eating, hormon Leptin akan keluar dengan lebih sensitif. Jadi kita akan boleh kawal nafsu dan selera makan dengan lebih stabil. Tak la over eating!

Kita kena selalu pastikan sensitiviti Leptin meningkat. Sebabkan ia bantu cepat rasa kenyang dan kurangkan makan dalam kuantiti banyak. Apabila sensitiviti dan fungsi insulin meningkat, pembakaran juga lebih efektif. Ini semua kita boleh dapat dengan melakukan Intermittent Fasting.

Pastikan elak makanan pencetus keradangan tubuh seperti gluten dan gandum, keju, mentega, krim keju, majerin serta mayonis merupakan antara produk berasaskan tenusu yang tinggi kandungan lemak tepu dan advanced glycation end products (AGEs) – yang diketahui sebagai pencetus keradangan paling besar dan perlu dihadkan pengambilannya. 
 

  • Hormon Ghrelin

Apabila Ghrelin tinggi, ianya menandakan kita lapar. Asyik minta nak makan sahaja. Ghrelin berkurang akan kurangkan rasa lapar. Kurang tidur adalah contoh yang jadikan Gherlin tinggi dan menaikkan selera makan. Jadi, pastikan kita tidur cukup 6-8 jam ya.
 
Dengan melakukan puasa Intermittent Fasting akan bantu baiki sensitiviti Ghrelin dan kurangkan craving. Best kan. Selain itu, pengambilan makanan lemak sihat Omega-3 dan kaya fiber kurangkan inflamasi dan kerosakan sel. Kesannya berat badan turun. Risiko sindrom Metabolisma juga menurun. 
 

  • Hormon Kortisol

Dikenali sebagai hormon Stres.
Kurang tidur sebabkan lambakan hormon stres esok hari. Kortisol ganggu lebih dari 600 genes yang dikaitkan dengan inflamasi.

Untuk atasi masalah ini, dapatkan tidur yang mencukupi, makan makanan lebih seimbang yang kaya dengan sayur-sayuran, dan cuba lakukan meditasi untuk tenangkan diri. Senyum juga boleh bantu turunkan stres hormon Kortisol, naikkan Dopamine dan Serotonin. Cuba senyum tengok.
 

  • Hormon Estrogen

Tahap hormon estrogen sememangnya jauh lebih tinggi pada wanita berbanding lelaki. Apabila paras estrogen meningkat atau menurun, proses semula jadi yang menyebabkan kenaikan berat badan bakal tercetus, lantas menyebabkan kegemukan! Begitulah.

Jadi dalam usaha kita nak kawal semula paras estrogen, lebihkan makan makanan yang berasaskan serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin penuh seperti chia seeds dan psyllium husk.


ANDA SERIUS NAK TURUNKAN BERAT BADAN?




Untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan 5 hormon di atas dikalangan wanita, khususnya wanita lingkungan 30-an dan 40-an ke atas, amalkanlah Set Kurus Shaklee "HELLO NEW YOU".


MENGAPA WANITA PERLU SET KURUS SHAKLEE ~ HELLO NEW YOU


1. Life Cinch Mixed Soy Protien Chocolate Shake 


Life Cinch Shake adalah minuman yang berasaskan protien yang kaya serat dan bantu untuk gantikan makanan sepanjang kita berdiet. Saya sendiri sangat suka dengan Life Cinch Chocolate, saya jadikan ia meal replacement untuk gantikan nasi.

Perasa Coklat adalah Life Cinch Shake yang paling rendah Glisemik Index iaitu 16. Ini bermakna kita kenyang lebih lama.

Yang lebih best, ia mengandungi bahan yang dikenali sebagai Leucine. Lucine bantu kekalkan otot semasa penurunan berat badan tanpa risau efek gelebeh selepas kurus. Best kan? Maka pastikan ia ada dalam Set Kurus anda.

Kenalpasti Mengapa Leusine ini sangat penting 
apabila nak turunkan berat badan.


Protien adalah amat penting untuk hormon wanita. Antara sebab protien penting untuk kesihatan hormon wanita adalah
  • Bekalkan asid amino yang kuatkan fungsi hati.
  • Asid amino juga untuk bantu keluarkan enzim pencernaan yang bantu pecahkan makanan yang kita makan. 
  • Bantu pertumbuhan dan pengekalan jisim otot. 
  • Bantu keseimbangan gula dalam darah. 
  • Meningkatkan metabolisme.
  • Bantu stabilkan semula Hormon Leptin dan Ghrelin.
  • Bantu sintesis hormon Tiroid, Melatonin, Insulin, Oksitosin dan banyak lagi.

Namun, elakkan pengambilan terlalu banyak protien kerana ia akan beri impak terhadap paras Insulin serta risiko membebankan hati dan buah pinggang. Bersederhana adalah terbaik.


2. Omega Guard


Bila kita cerita Set Kurus Shaklee, pastinya kita ada Omega Guard untuk bantu aktifkan Hormon Leptin yang bakar lemak. Hormon Leptin bantu sekat selera makan kita mahupun craving benda-benda manis. Maka, dapat kawal rasa lapar dan stabilkan paras gula dalam darah wanita. Suka tak?!

Bila paras gula terkawal, tiada rintangan insulin berlaku. Ini kerana apabila Insulin jadi tidak sensitif ini buatkan wanita mudah rasa lapar kerana sel anda tidak mempunyai glukosa. Akibatnya kita makan lebih banyak, berat badan meningkat dan saiz baju semakin mengecil.

Omega-3 adalah anti-Inflammasi yang terbaik. Lebih tinggi tahap inflammasi, lebih tinggi risiko untuk penyakit nak dekat dengan kita. Pastikan pilih omega-3 yang ada 
  • EPA yang tinggi lebih 400mg
  • DHA yang tinggi lebih 200mg
Omega Guard Shaklee ada kebaikan 540mg EPA dan 360mg DHA. Cubalah!


3. Herb-Lax


Set Kurus Shaklee mengandungi Herb-Lax sebagai bahan yang bantu bersihkan usus dan perut. Antara masalah yang biasa orang akan hadapi ialah masalah pembuangan. Maka Herb-Lax sangat membantu melawas.

Dalam Herb-Lax Shaklee mengandungi 9 jenis herba. Daun Senna dalam Herb-Lax mempunyai sifat yang galakkan proses pembuangan jadi lebih lancar dan pembersihan yang lembut. Tiada efek memulas-mulas sebaliknya very mild seperti "nature call" dalam 4-8 jam selepas pengambilannya.


4. Lecithin


Lecithin penting untuk proses hasilkan choline. Choline diperlukan untuk metabolisma lemak dalam badan. Tugasnya pecahkan lemak dari makanan menjadi molekul-molekul kecil, kemudiannya bertukar jadi asid lemak yang mudah dibakar oleh badan sebagai tenaga. 

Paling best Choline bantu mengemulsikan lemak dalam badan seperti kolesterol, dan halang penyimpanan lemak. Selain itu, aktiviti Choline turut bantu cegah gangguan seperti hati berlemak dan pengumpulan lemak darah. 

Metabolisma lemak yang cekap oleh Choline ini juga jadikan rasa kenyang lebih cepat dicapai. Dengan itu kita tidak makan secara berlebihan dan berat badan terkawal

Choline ini juga bahan yang powerkan Otak kita terutama memori kita. Jadilah kita "Women with Brain" gitu. Best kan?


5. Vivix


Saya juga nak cadangkan pengambilan Set Kurus Shaklee ini bersama Vivix Shaklee. 

Kenapa Vivix Shaklee? Tahukah anda Vivix Shaklee ini bersifat anti radang, anti diabetic, antioksidan dan anti angiogennesis kerana kandungan Polifenol dan Resveratrol di dalam Vivix. 


Bagusnya pengambilan satu sudu teh sehari Vivix dapat kurangkan rasa craving pada makanan manis. Selain ia juga bantu elakkan protien AGE terbentuk. Maka dengan ini sangat bagus untuk kita dapatkan berat yang ideal.

Tiada istilah terlambat untuk bermula. Mulakan hari ini!


KESIMPULANNYA


Hormon berfungsi secara bersama untuk tingkatkan atau kurangkan selera makan dan penyimpanan lemak. Sekiranya sistem-sistem ini tidak berfungsi dengan baik, wanita akan kerap berdepan dengan isu berat badan secara berterusan.

Mujurlah, perubahan diet dan gaya hidup boleh memberi kesan positif kepada hormon-hormon ini. Ingat, semakin banyak hormon yang berjaya dikawal dalam usaha turunkan berat badan, semakin besar peluang kita dapatkan berat idaman!

Take nota ya. Set Kurus Shaklee ini bukan produk "magic" untuk kita turun berat badan tanpa bersenam dan jaga makan. No. No. No. Kena jaga makan dan bersenam juga ya kalau kita nak kurus secara sihat & sustainable.

Berjuang gais!

ps. Berita baik. Bulan October ini ada Promosi Best dengan limited Edition Shaklee Fitness Bag dan Cinch Tea Mix perisa Peach Tau. Lekas grab!



Salam Sayang, 
 Azlin M. Atan | Wasap. 019-2682709 | azlin.mohdatan@gmail.com 
#PengedarShakleeDenaiAlam 
 COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam

 * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit