Ketika memandu, kita tekan minyak atau brek selain clutch jika menggunakan kereta manual. Kalau tidak pandai guna clutch, maka minyak ditekan kuat mana pun, masih gear 1.
Mari kita bincang antara tekan minyak dan brek. Mana lebih penting?
Dua-dua sama penting untuk memastikan kita sampai destinasi. Kalau tekan minyak sahaja, kita mungkin terbabas. Kalau kita tekan brek sahaja, tidak bergerak kereta yang ada.
Dalam diri manusia ada ilham untuk berbuat perkara buruk (fujur) atau taqwa.
Bila kita ingin laksanakan sesuatu, kita tekan minyak.
Bila kita ingin berhenti laksanakan sesuatu, kita tekan brek.
Puasa ialah satu ibadat yang banyak tekan brek. Tahan dari perkara membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Ia adalah ibadah yang amat istimewa.
Dalam diri manusia, jika brek ini tidak diguna dengan baik, ia akan membawa kita kemalangan spiritual. Iman akan terbabas. Setahun sekali, brek ini perlu dikemaskini. Inilah antara kesan puasa - melahirkan taqwa dalam diri. Taqwa ialah 'brek' yang penting untuk hidup sentiasa terpandu oleh Allah.
Brek ini kita akan guna sepanjang tahun. Bulan Ramadan ini - kita akan naik taraf dan baiki brek ini. Brek dengan tidak makan, tidak melaksanakan perkara yang membatalkan puasa malah perkara yang dihalalkan pun tidak kita laksanakan. Bila 'brek' ini sudah makin mantap dan kembali baik di hujung Ramadhan, harapnya ia akan dapat menjaga perjalanan kita selepas Ramadhan.
7 Perkara yang perlu kita ' Break' Ramadan ini
- 1. Perkara halal seperti minum, makan dan perkara lain ditahan.
- 2. Perkara dosa/ haram selama ini diberhentikan dan kita baca istighfar serta taubat.
- 3. Perkara makruh dikurang atau ditiadakan seperti makan makanan yang berbau.
- 4. Berhenti dari akhlak kuat marah, dengki atau apa sahaja sifat mazmumah.
- 5. Dari segi ibadah, kalau lambat solat selama ini, maka kena brek dan amalkan solat awal waktu dan berjemaah.
- 6. Brek dari segi kesibukan yang ada pada mencari dunia dengan memberi ruang lebih kepada ibadah untuk menuju akhirat - jaga keluarga dan masyarakat.
- 7. Brek dari segi harta - semak sumbernya halal atau bayar zakat / sedekah- agar lebih lancar lagi selepas Ramadhan.
Sudah bersedia untuk bertemu dengan Ramadan?
Bantu kami Ya Allah.
Sumber : Email Akademi Sinergi
No comments:
Post a Comment