Wednesday, March 15, 2023

Kurus sebelum Raya dengan Set Kurus Shaklee

Sukar menurunkan berat badan walau telah cuba pelbagai cara dan amalan berdiet? Kebenarannya, cara hilangkan berat badan yang bijak adalah dengan tidak buatkan diri kita berlapar. Ia adalah mengenai kita melakukan pilihan makanan yang baik secara 'berterusan'.

Secara perlahan-lahan ubah tabiat pemakanan buruk dan mula lakukan tabiat pemakanan yang lebih menyihatkan. Mufin, donat, skon dan bagel tinggi kalori. Makanan ini biasanya akan buatkan kita lapar semula dalam beberapa jam sahaja selepas dimakan kerana ia tinggi dengan gula atau tepung halus.




BETUL KE BOLEH KURUS DI BULAN RAMADAN?


Kepada sesiapa yang yang memang terfikir nak kuruskan badan, bulan puasa merupakan masa yang terbaik kerana lemak kita tuh tak punya peluang yang banyak untuk bertambah, hahaha best kan? Melainkan anda melantak makan masa berbuka, berat badan kita pasti naik la weih, sebab kita tidak kawal nafsu makan kita. 

Di bulan Ramdan juga kita berpeluang untuk ajar diri tentang disiplin yang tinggi dalam ibadat dan juga kesihatan. Walaupun senaman yang kita lakukan bukan jenis yang boleh bakar lemak sekaligus, tetapi dengan kombinasi senaman, puasa dan disiplin jaga pengambilan makanan yang zat padu, pasti kita boleh turunkan berat badan dengan sihat. Nak ke nak? 


3 SEBABA UTAMA MENGAPA PERLU SET KURUS SHAKLEE ~ HELLO NEW YOU UNTUK BANTU KURANGKAN BERAT BADAN SEBELUM RAYA, TANPA PERLU SEKSA BADAN



1- BEKALKAN ZAT NUTRISI YANG LENGKAP DARI CINCH PROTIEN SHAKE


Mengapa penting? Kerana ia akan beri tenaga lebih semasa berpuasa dan kembalikan tenaga yang hilang selepas bersenam di bulan Ramadan. Protien sendiri mempunyai fungsi penting untuk proses metabolisme sel-sel otot dan saraf. 

Antara sebab lain juga adalah untuk kekalkan muscle mass (jisim otot). Jadi pastikan kita makan karbohidrat dan protien dalam jumlah yang tinggi. Hal ini bertujuan untuk elakkan penurunan peratus muscle mass akibat lapar yang berlebihan ketika berpuasa. 

Badan kita akan membakar kalori dan lemak badan secara berterusan. Namun, jika tiada lagi kalori dan lemak badan untuk dibakar, badan kita akan gunakan otot pula sebagai sumber tenaga. Jadi rugilah kita, dah penat kita workout dan bersenam bina muscle sebelum Ramadan, tup tup masa Ramadan jisim otot berkurang. 

Penting ke jisim otot ini?


Cuba bayangkan semua pergerakan fizikal kita hari ini - bermula bangun daripada katil, siapkan sarapan, berjalan naik dan turun tangga hatta lakukan solat 5 waktu. Tahukah anda bahawa kita perlukan otot yang sihat untuk beri kekuatan dan tenaga untuk lakukan pergerakan rutin yang seperti di atas. 

Jadi, kesihatan otot memainkan peranan sangat penting untuk berikan kekuatan, tenaga dan keupayaan dalam menjalani gaya hidup sihat dan aktif sepanjang hayat kita.

Bagaimanapun, kehilangan jisim otot bermula seawal 30-an. Selepas umur 40 tahun, kita boleh kehilangan sehingga lapan peratus jisim otot setiap dekad dan angka ini boleh dipercepatkan jika kita diserang penyakit atau alami kecederaan. 

Kehilangan jisim otot akibat penuaan pula berlaku secara beransur-ansur dan sering dicirikan sebagai kehilangan kekuatan. 

Melalui pemakanan yang betul, kita boleh balikkan atau perlahankan proses kemerosotan kesihatan otot dan tingkatkan kualiti hidup seiring peningkatan usia kita. 

3 Cara mudah untuk perlahankan kemerosotan jisim otot


1. Bersenam secara berkala termasuk latihan rintangan untuk kekalkan kekuatan tubuh dan otot. Bersenam ini semudah berjalan briswalk 15-30 minit pun dah ok sangat.

2. Makan sumber protein daripada daging tanpa lemak, telur dan kekacang; sasarkan sebanyak 25 hingga 30 gram protein setiap hidangan.
 
Kita juga boleh ambil Cinch Shake Shaklee, minuman yang berasaskan protien yang kaya serat dan bantu untuk gantikan makanan sepanjang kita berpuasa. Perasa Coklat adalah Cinch Shake yang paling rendah Glisemik Index iaitu 16. Ini bermakna kita kenyang lebih lama.
 



Yang lagi lebih best, Cinch Shakes perasa coklat ini mengandungi bahan yang dikenali sebagai Lucine. Lucine bantu kekalkan otot, bakar lemak yang anda tidak perlukan dan hilangkan inci yang anda tidak mahu. Allahu, seronok dan best kan? Maka pastikan Cinch Shake wajib ada dalam Set Kurus Shaklee kita.

3. Pilih makanan seimbang dipenuhi sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, protein, lemak sihat dan vitamin serta mineral penting seperti kalsium dan vitamin D.

 

2- SIHATKAN USUS 


Ramadan bukan saja mengajar menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi ia bantu merehat serta memulihkan sistem pencernaan kita pada siang hari. Oleh itu penting untuk jaga kesihatan sistem pencernaan sepanjang Ramadan kerana apabila bermasalah, ia akan ganggu kelancaran puasa dan aktiviti harian kita.

Pedih hulu hati, najis berdarah, sakit perut yang teruk, sembelit dan cirit-birit antara kerap berlaku disebabkan tidak amalkan gaya hidup sihat sehingga boleh mengganggu kelancaran berpuasa sepanjang Ramadan.



Herb-Lax Shaklee mengandungi 9 jenis herba. Daun Senna dalam Herb-Lax mempunyai sifat yang menggalakkan proses pembuangan jadi lebih lancar dan pembersihan yang lembut. Tiada efek memulas-mulas sebaliknya very mild seperti "nature call" dalam 4-8 jam selepas pengambilannya.


3- MUDAHKAN PROSES BAKAR LEMAK TERSIMPAN


Untuk percepatkan proses pemecahan lemak yang degil, wajib ambil Lecithin setiap hari sebelum makan dan Omega selepas makan. 


Lecithin penting untuk proses hasilkan choline, iaitu zat yang meningkatkan metabolisme tubuh kita! Tugasnya pecahkan lemak dari makanan jadi molekul-molekul kecil, kemudiannya bertukar jadi asid lemak yang mudah dibakar oleh badan sebagai tenaga. 


Omega pula bantu aktifkan Hormon Leptin yang bakar lemak. Hormon Leptin bantu sekat selera makan kita mahupun craving benda-benda manis. Maka, dapatlah kawal rasa lapar dan stabilkan paras gula dalam darah kita. Suka tak?! 

Bila paras gula terkawal, tiada rintangan insulin berlaku.  Jadi, makin mudah kita nak turunkan berat badan dan kurus sebelum Raya! Tak percaya, cubalah.


KESIMPULAN


Bulan Ramadan berikan kita peluang untuk turunkan berat badan dengan amalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta kurangkan makanan yang tinggi lemak dan gula. Perlu diberikan perhatian kepada saiz hidangan dan pilihan makan kerana kecenderungan kita terbabas tiap kali waktu berbuka.

Oh ya, untuk dapat kesan terbaik, saya cadangkan kita gabungkan SET KURUS SHAKLEE ini bersama-sama dengan SET PUASA SHAKLEE. Tak kisahlah anda lelaki atau wanita, ibu menyusu atau tidak mahupun warga emas. Dapatkan kesan terbaik dalam turunkan berat tanpa seksa badan, sambil kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadan.

Semoga bulan Ramadan akan bentuk kita jadi individu yang bijak memilih makanan yang sihat dan berkhasiat di samping menjalani ibadah puasa yang lebih berkualiti dan sempurna. Allahumma Aamin.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

2 comments:

  1. Salam Azlin, menarik sangat info tentang Set Kurus Shaklee ni. Saya setuju sangat dengan awak, memang boleh kurus tanpa seksa badan dgn set ni. Selamat berpuasa 🤩🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Sumaiyah. Selamat berpuasa dan selamat berjuang untuk your weight loss journey. Gambate'

      Delete